Monday, March 11, 2019

Belajar Master Sambil Bekerja?

Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah swt, saya selamat menamatkan pengajian saya dalam Master of Science In Integrated Construction Project Management secara separuh masa di UiTM Shah Alam. Dalam post kali ni saya nak simpan sikit memori untuk saya sendiri kenang dan kongsi pengalaman saya bekerja sambil belajar dan berjaya memperolehi CGPA 3.82 😎dalam Master saya. Kejayaan seperti ini bukan diperolehi semata-mata atas usaha saya seorang. Doa dan sokongan dari suami, ibubapa, kaum keluarga, bos-bos, sahabat handai dan guru-guru juga faktor besar keberkatan kejayaan kali ini. Sebelum kita start, so ini lah un-official transkrip saya. Nak tgu konvo, dekat setahun weh! Kalau tak buat posting pasal ni, saya pun tak tau mana saya simpan slip2 exam result ni. Jenuh mencari. Hehe.


Kenapa saya ambil course Project Management?

So, sebagai permulaan, saya kenalkan diri saya pada yang belum kenal. ✌ Saya bekerja sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. So untuk Master degree kali ni saya dah fikir masak-masak seranumnya pada 2016 yang lalu lepas bincang dengan suami saya dan diri saya sendiri. Jadi, saya cuba Project Management sebab job description saya memang berkait rapat dengan pengurusan projek tapiii, harus juga saya berterus terang yang niat utama saya sambung belajar adalah nak catch up dengan isu semasa project. Kiranya mcm catch up teori sambil kerja. With all the technical planning, contract term and condition, execution, and 'what should I do when I kena hadap any situation thats required me to decide fast' tu buat saya fikir yang subject Project Management is my choice for my career. Walaupun sebagai junior officer, keputusan saya pada projek yang saya jaga takde la besar sangat tapi dengan teori yang saya dapat ni sungguh-sungguh berguna gila untuk saya apply masa kerja. So, untuk yang hati belum tetap nak ambil subjek apa, saya cadangkan (lebih-lebih lagi ke tertiary education macam Master ni), tanyalah diri sendiri. Kau tak kan dapat jawapan tu pada orang lain. Boleh minta pendapat, takde masalah sebab kita juga perlu tau isu semasa dan kemana Master ni akan bawa kita sebab dengan adanya Master kita macam kedepan la jugak dengan isu-isu terkini walaupun ala-ala je macam saya ni. Hehe. Apa pun, pengalaman jugak powerfull tool dalam human resource. Jangan main-main dengan pengalaman orang. Ingat tu. 😁. Pada pendapat saya lah (Saya tak pasti dengan academician/pelajar postgrad yang dah kerja yang lain), Master ni buat kita focus tentang apa yang kita nak aim in the end of our career. Macam saya ni, 30 tahun lagi bekerja oi, sebab umor pun baru 30.. so masa nak decide course apa dulu, saya mcm tak suka life saya ni plain. Ibarat sailing kat laut takde ombak. So, camna nak kemudi kapal? Nak buat autopilot? Tak thrill la beb kalau duduk kat zon selesa. So, make an effort sikit apa yang kau nak aim sepanjang career kau. Baru la kau boleh push diri and more motivated bangun pagi nak pergi kerja tu kan. Betul tak? Hehe. So, pilihla course dengan wajar beserta minat. Knowledge ni tak rugi invest taw! Syiok!

Kenapa saya pilih UiTM dan bukan institusi lain?

Ha, soalan ni tricky sikit. UiTM ofcourse la pilihan utama dia sebab yuran murah kan? Hahaha 😁. Selain daripada tu, UiTM juga bagi peluang kita belajar secara coursework dan kelas diadakan hari workdays. (Saya tak minat kelas weekend kalau diberi pilihan sebab saya suka aktiviti bersama keluarga masa weekend. Or boleh la ada masa nak siapkan assignment or study sikit-sikit, ok what? Takde la stress sangat)
 Kalau nak dapatkan momentum, mode secara coursework ni lagi senang nak push and bahagi masa. Janji kita ke kelas, take note lecturer ajar, attend quiz/test and assignment sikit-sikit so boleh la graduate on time! (Saya mmg tekad nak graduate on time kalau Allah izinkan) Tp kalau ada motivasi nak buat as research boleh jugak. Tp sendiri kena mau ingat lah untuk siapkan research tu tau! Jangan nak melagho cari journal/paperwork sampai takde progress Thesis awak tu. Hehehe. Tp coursework UiTM ni tetap ada Dissertation, tapi takdela kena produce setebal macam Thesis research. Apa pulak beza Thesis & Dissertation ni? Hahaha, tu korg cari sendiri la. Panjang la plak makcik nak terangkan kat sini plak nanti. Sbb tu la makcik soh sambung belajar, supaya kau tau semua benda. Hehe

Okay, saya nak maklum juga kat semua yang saya setuju gamble untuk sambung belajar tanpa cuti dan tanpa biasiswa! 

Perkara ni tak pelik pada pekerja swasta. Tapi, slalunya jarang bagi kami govt officer yang ADA KEMUDAHAN cuti belajar bergaji penuh dengan/tanpa biasiswa nak buat keputusan macam ni. Tapi saya sebulat hati sebab saya SAYANG sangat-sangat dengan pengalaman kerja saya. Saya baru 4 tahun bekerja (kurang pengalaman - saya grad degree Oct 2011), tapi saya dah decide nak sambung master tanpa cuti belajar. Memang ada officer yang lain macam ni jugak, tapi saya faham pengorbanan masa dia dengan keluarga lagi-lagi dah beranak pinak. Macam saya alhamdulillah, perlu suami je nak jaga. Anak takdek lagik. Anak tekak ada la. Haha. Cuba bayangkan masa yang saya ada ye :-

6.30am dah bersiap ke office untuk punch in 7.30am (tq for flexi hours)
4.30pm kena keluar punch out (kdg2 tak dapat keluar on time sebab meeting yang berpanjangan petang-petang aishhh, buat ngantok aje) untuk ke UiTM Shah Alam sebab kelas kebanyakan start 5.30pm-8.30pm or 8.30pm-11.30pm. 3x seminggu.

Pengalaman tahun pertama belajar:
Pada tahun pertama saya belajar, rumah saya di KL- office di KL- sempat lagi ke Shah Alam kdg2 siap dinner kat rumah dulu baru ke kelas kalau takde outstation. Tapi kalau ada outstation (mostly Johor, sbb time tu projek saya banyak kat Sabah/Johor.. fuuh, bawak kereta macam pelesit) Sebab bg saya penting pergi kelas sbb cikgu-cikgu ni bg soalan exam berdasarkan apa yg di cakap selalunya. So kena fokus. Catat semua, minum kopi ka, nescafe ka untuk elak ngantok. Yela manusia, kdg2 ter-menguap, lagi-lagi pukul 9.30pm letih kan kerja.. pergi kelas, esok kerja lagi, Sabar jelah, benda kejap ye. 2 tahun jeeee.

Ada pengalaman saya tahun pertama ni la, saya pernah pergi kerja, then pergi klas, sampai rumah 12am, bersiap tdo kjp, pukul 4am bgun sbb nak kejar flight 7am. Ada la few times. Ala kau fikir mcm ni la, benda mcm ni bukan kena hadap hari-hari. Hadap jela, sikit je tu ujian dia. Yang penting, makan-minum semua dlm beg. Apa pun takpe janji makan.

Pengalaman tahun kedua belajar:
Masa tahun kedua ni, memang thrill. Tetibe saya kena transfer tempat kerja, nak nangis saya sbb nak cope dengan perubahan masa dan environment kerja baru (Jaga peruntukan projek persekutuan satu Malaysia). Rumah saya di KL- office di Putrajaya - Klas kat Shah Alam.
Sebenarnya tak jauh pun 3 penjuru tu.
Tapi kalau kena high traffic, boleh tahan laaaa kau buang masa/petrol/tol atas jalan. Lagi2 musim puasa ke. Masa ni memang saya pernah menangis. Tp alhamdulillah, bos saya sangat-sangat memahami. Husband pun banyak support emosi. Sebab tahun terakhir ni kau kena banyak ulang ke Uitm Shah Alam jumpa supervisor,  mana nak siapkan projek. (Bila course project management, haruslah ada projek-projek kecik kena settle)

Tapi, cabaran dan pengalaman ni membuatkan saya open minded dari judge people. Seronok tau jumpa kawan-kawan coursemate yang sama-sama balik dari kerja sama-sama penat bincang assignment/projek. Kat klas after officehour tu, rasa macam ada positive vibes πŸ’₯sebab course saya ni pelajar dia dtg dari macam-macam background. 

Contoh saya sendiri background civil engineering and kerja as engineer. 
So, ada architect yang kerja dari firm, 
Quantity survey yang kerja di consultancy office, 
so, mcm-mcm la. 

We all share pasal isu kat tempat kerja, pasal family, pasal belajar. Saya memang tak menyesal kenal dengan coursemate saya semua. πŸ’– #keepintouchtaukawankawan

Apa yang saya belajar masa Master 

Semester satu semua pasal theori je. Kawan-kawan nak buat group assignment pun tak kenal lagi kecuali adik-adik yang baru lepas degree trus masuk master or kawan-kawan yang mmg daftar nak masuk course ni sama-sama. 😊 Tapi tak kisah pun. Ada 3 subjek je sem 1 (kalau amek MODE part time mcm I ni, boleh amek sikit credit hour untuk sem. Tp kalau awak pelajar MODE full time, credit hour kena banyak sikit).

So apa beza pelajar MODE part time & full time UiTM ni eh? Lupa saya nak terangkan awal-awal tadi. Part time student ni dibolehkan grad dalam masa 2 tahun mengikut planner yang dah disediakan oleh coordinator program course tu. Tp kalau awak daftar untuk full time, so bermakna, awak dah bertekad nak hbes awal, so awak kena habes dalam masa 1.5tahun. Tapi kelasnya masih sama, after office hour weekdays. Cuma awak grad awal/lewat jelah. Ada je kwn2 yang berkerja amek MODE full time. Mcm saya ni mmg dah bertekad dari awal, ikotla planner coordinator as MODE part time. Biar lambat, asal selamat, asal tidak gila. HEHEHE.  So, dapat paragraph ni, kiranya SEM 1 saya tak semestinya SEM 1 kawan-kawan yang lain πŸ‘Έ

☝Site visit to Istana Seri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Assignment project ni kami buat untuk complete course 'Management of Property & Environment' Semester 2. So, kami kena approach contractor yang buat kerja-kerja rehabilitation/renovation/refurbishment and study mcm mana dia buat kerja specifically on environment mcm pengurusan sisa pepejal camtu la kot. Yang bestnya, projek ni digazet bawah akta warisan. So, kalau nak buat renovation, kena cari kayu asal bangunan ni! kena cari penjaga istana, so, cat, ke whatever benda la semua kena tgk dari A-Z! Pergh best. Client dia JKR. 

Group kami dapat A untuk subjek ni! Dari kini (Aliya (engineer), Kak Fiza (QS JKR), Dzikri (Arkitek), Mazura (CM), Ema (CM))

☝ Yang ini pulak masa saya Semester 3, under subject 'Integrated Simulation Project 1'. Yang bestnye subject ni, lecturer dah cari siap-siap simulation projek kat kita. Contoh macam kali ni kena buat projek perumahan, macam projek betul-betul la dah tau. So, yang sem ni, kami kena buat projek perumahan, yang clientnye adalah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah. (Pergi Sabah dengan ongkos sendiri ye, haha, takdela UiTM nak tanggung ke apa) Lecturer dah dptkan geran (tanah kosong) untuk kita study on demand rumah jenis apa yang sesuai propose kat situ. Kau igt senang ke primary info tu nak dpt? Siap dapat jemputan dari DBKK, Majlis pembandaran & dll. So kami dibahagikan ikot background masing-masing campur form as one group. So arkitek buatlah kerja arkitek dia, engineer buatlah kerja engineer dia, QS buatlah kerja QS nye.. sampai jadi proposal : rumah jenis apa patut jual, harga brapa & siapa kita pnya target market. So, konon-konon kalau ada 5 group, ada la 5 proposal pada LPPB tu utk dia guna mana yang nampak reliable. Takyah la dia bayar consultant buat study dah. Kitorg tolong buatkan. Susahla gak sbb saya dah biasa kerja as client, alih-alih kita nak cari maklumat tu semua lagi kan. Tapi challenging la & best work as group dgn budak2 ni. Dari sini, kau akan belajar pasal economic demand, social demand dll yang dulu kau tak pernah kisah! I solute dengan lecturer yang comeout with the content of this subject. πŸ‘πŸ‘ #bagithumbsupsikit sebab kena bagi kitorg fikir mcm nak mati. Haha. Part presentation dia mmg best la. Saya dah mcm Executive Director dlm cite Korea.. gebang idea group kami the best!


Group ka mi pun dpt A untuk subjek ni! Dari kini ( Kak Intan (arkitek JKR), Kak Azreen (QS), Marjan (Engineering), Pfa (QS), Aliya (Engineering), Ema (CM) and Aqila (QS))


☝ Subject 'Integrated Simulation Project 2' pulak sama je dengan ISP 1. 
Cuma ISP 1, kita belajar Malaysia punya context tp ISP 2 kita blajar internationally. 
So dalam theory subject pun ada subject yg akan support projek ISP 2. So, untuk semester saya, faculty bawa kami ke Banda Aceh! (Tq Faculty sbb kami takyah bayar tiket flight mahal & ambil cuti pjg2 sbb Banda Aceh dekat je 😊. Ada semester tu senior sampai pergi Shanghai dsbagainya. Seronok tp costly la. Hehe) 

So project-nye adalah ala- ala untuk proposed redevelopment utility infrastructure after Tsunami 2004 (Sorry tak boleh sebut details dalam sini sebab byk info P&C). What can I say, it is not an easy journey for all of us. Kami yang baru setahun jagung dalam construction industry struggle mcm2 especially on data. Sbb Banda Aceh punya government website sgt limited! 
Pergh, nak pecah kepala nak buat market research kawasan tu, nak suit dgn culture dsbgainya.
Tu belum lagi part budget/procument/loan utk company malaysia yg nak venture internationally. Priceless experience and knowledge. Siap ada pegawai dari Exim Bank dtg bagi sharing knowledge kat kami dlm klas (Tq madam, for new knowledge).

Secara ringkasnya,
Sebelum ada master ni, saya tak peduli pun hal-hal economy mcm ni.
Tapi sekarang ni, website/article dari World Economy Forum and Fast Factory tu jadi interesting tau.
Hehe. Seronok baca.
Tu belum semangat-semangat yang ambil dari TED Talks 
untuk polish our presentation. Sbb setiap minggu ada board meeting (mcm cite korea tu 😜) yg kena bentang progress kat chairman company iaitu our beloved lecturer. 
Ketaq lutut! Hujung minggu mmg minta nyawa la sbb nak siapkan progress report. 
Hahaha. All the memories and knowledge!

Masa site visit ke Acheh, kami sempat singgah government office berkaitan/universiti tempatan & tempat-tempat wisata yang begitu menginsafkan. 


☝ Dissertation saya! Disamping sibuk dgn kerja hakiki kat office, project ISP 1 & ISP 2 dan jugak subject-subject theory yang lain, saya kena bahagikan masa untuk siapkan 'baby' saya ni jugak. Bila dah siap saya menangis. Huhu.

Untuk course saya siapkan dissertation ni tak stress sgt sbb SEM 3 kita dah buat Chapter 1-2-3 yang merangkumi Introduction, Literature Review & Research Methodology. SEM 4 pulak perkemaskan Chapter 1-2-3 dan settle Chapter 4-5-6 sbb tu la SEM 4 ada 7 credit hour untuk subject ni. Gila Babas punya kena all out bahagi masa untuk writing. 

Masa nak submit ni pun kritikal gak sbb kita baru lepas GE14. Kau igt tak apa berlaku masa GE14? Ye.. perubahan kerajaan. Saya waktu tu jaga duit projek pembangunan untuk Kementerian XXX, mcm nak mati kerja office πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ sbb semua maklumat, kerajaan nak on the spot. Malam-malam mana aku nak writing, mana aku nak buat kerja office lepas tu pulak masuk bulan ramadhan. Tido dua jam tu cukup rahmat tau. Syukur sangat dalam bos yang sangat prihatin. Saya minta cuti jugak 3 hari sebab takleh fokus nak siapkan discussion chapter 5. Boss bagi cuti tau kawan2. Tp suruh standby kalau nak info. 

Untuk pengetahuan semua, saya sampai check in hotel satu malam tau (Hotel Istana walaupun rumah sekangkang kera) sehelai sepinggang tak bawak baju semata-mata nak lari dari tempat study biasa kat rumah. Kat library pun sampai tahap tepu tak nak keluar mood. Mood writing ni mmg susah nak dapat. Sama la mcm nak produce blog pun. The toughest one! (Tq husband layan kerenah i. haha)

MY ADVICE:
Please make summary every chapter!
Please cited every article & jgn lupa tulis kat ref!
Please-please-please proofread your sentence. Pergh. Bukan kerja mudah. 
Allah tahu bukan kerja mudah. Semua tahu.

After all. Siap jugak. Ada juga kawan terkandas dekat part dissertation ni. Tp jgn risau kawan, tekan je pedal sampai gear 6. Masuk sport mode siap kan then graduate! Chaiyok2!

So. Dh habis dah. Ada ke yang baca sampai habes? Hehe Terima kasih semua. Sedikit sebanyak coretan pengalaman saya bekerja sambil belajar. Saya ni manusia biasa, kalau ada penggerak sikit, baru saya pandai hargai masa. Tak percaya, cuba lah! Kalau tak, memanjang je nak tengok series netflix jugak.

Dan .... 
Saya tak pernah paksa diri saya utk dapat 3.75 above every sem (APF ni mcm deans list la utk degree). Tapi alhamdulillah, nasib menyebelahi saya. Yang ni memang dtg rezeki dari tuhan maha besar & maha kuasa. Saya cuma work smart je every sem. Cuti sem plak pergi honeymoon ngan husband kat oversea. Kehkeh. Tp disebabkan saya dapat APF every semester, untuk convo akan dtg ni saya dapat selepang pink! Yeay. Tak sabar convo!

Saya tak pernah rasa menyesal dan bersedia siapkan proposal PhD sekarang.

Saya teringin nak sambung belajar oversea :)
Doakan saya tau. 
Nak fight cari scholarship ni and untuk makluman, scholarship ke oversea kebanyakan sampai had umur 35 je. So, pada siapa yang ada endurance yang kuat, cuba la ambil Master awal 30an. 

Buat nota mcm ni 20copy sampai igt semua formula πŸ˜… and jawab soalan past year
Cara saya disiplin utk study for final exam (ni utk sem 1). Kotak colour tu hari exam. 
No photo description available.
Yang ni pulak untuk sem 2. Exam time raya mmg UiTM punya style la. Haha. πŸ˜‚Siapa student UiTM please embrace it la, kau study brapa tahun je. Sabo je, janji study week kau dh boleh balik rumah kan? Tp alhamdulillah, sem ni saya dpt 4flat. Punyala sibuk dengan kerja, tp bila dpt kejayaan mcm tu, saya rasa Allah dah kurniakan segala nikmat yang dia ada untuk bagi saya. Saya tak rasa lgsg hidup ni incomplete. Rasa lagi sayang pd Allah adala! πŸ’“

Image may contain: 2 people, including Khairul Affendy, people smiling, people standing and outdoor
The end! Post sikit muka cinta hati. Tq support saya dari mula sampai habis. Tp dia dah cakap, saya convo nanti, dia taknak masuk dewan sebab takot berdengkur.

Saturday, April 9, 2016

Winter Trip 2016 : Hokkaido, Japan


Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim.
Dah dua tahun saya tak update blog. (Ada lebih 10 post dalam draft box)
*jangan maree yee. hiks*

 Padahal dah lebih beberapa negara dah sampai. Ada masa nanti iols update sikit-sikit.
Mula dari recent trip dulu. 
Nak menulis ni bukan senang. Mood kena ada beb! 
*Banyak lah kau.hurmm*

So, takyah cerita banyak. Berikut merupakan itinerary 5 hari 3 malam saya.

1) Kenapa 5 hari 3 malam? 
-Sebab hari pertama tu naik flight dah tengah malam. Hari last pulak flight awal pagi. So ada 3 hari full nak ronggeng satu pulau.

2)Kenapa pergi jepun 3 hari jee? Dah la jauh. Naik flight semalaman then pergi macam balik kampung je. 
*Jawapan iols senang je*. Duit iols, cuti iols, suka hati iols lahh. Ngee.
Takde lah. Lawak jee. Jangan ambil serious pulak korang ni. Kan nanti kate iols ni cepat sentap plak jawab soalan-solan cliche. Nooo. Iols bukan macam tu. Jawapan dia..

-Sebab ini percutian tergempar kami. Decide 3 minggu sebelum bertolak. Dapat pulak ticket harga macam jatuh dari langit. (Terima kasih couzie baby sayang. I love you). Ambil jelah peluang. 
Tak nak cakap banyak dah time tu. Syukur alhamdulillah. Tambah pulak, giliran duit kutu. Ape lagii? 
*Smiley facee*

Saya dah suami pulak dah PJJ nak dekat setahun dah time tu. So weols ambil kesempatan ni honeymoon la konon.

:) 

Click untuk gambar yang lebih jelas

So, Hokkaido ni pulau paling utara di Kepulauan Jepun. Capital city Hokkaido ialah Sapporo.(Which is New Chitose International Airport located). Iols pergi time winter. Winter dia bermula dari November sehingga March lebih kurang. Selalunya February setiap tahun ada Sapporo Snow festival. Google lah ada apa. Kitorg cuba avoid festival tu sebab takot ramai local tourist dan hotel/makan/tourist jadi mahal dan ramai orang. So kitorang balik sehari sebelum festival tu. Bijak tak? *cingg ;)*

Orang tanya lagi, kenapa p time winter. Beg mesti berat dengan winter coat.
-ohhh, Saja lah nak mengadap salju jatuh atas kepala. Bila lagi nak experience benda macam ni.
Tapi yang pasti..
Winter dia sejuk tak hingat. Ada satu malam tu -13 degree celcius hapaq p kat ampa.

**Masa iols pergi US time autumn hari tu 7 degree celcius pun hingus merembes dengan jayanya (tanpa sadar). Apatah lagi minus degree. (eiyu, disgusting)**


PERSEDIAAN

1. Itinerary

Bagi orang yang biasa buat itinerary sendiri rasanya tak susah nak bantu.
Mula-mula dulu saya bukak youtube.
Search rasa halal hokkaido.
Tengok sendiri semua episode.
Sambil tengok, tangan jot down dalam journal travel saya semua tempat yang direkemankan oleh husnal syakirin
:)
Gile kentang kan.
Sambil-sambil jugak google tempat-tempat tu dalam internet.
Jangan lupa printscreen or save link-link yang rasa membantu uols. Kalau rajin search skali dalam google map dan print screen. Membantu uols.

Di ingatkan.. *Buat tanda amaran sikit yang ada bentuk segitiga tanda seru tu*
Tolong buat kerja ni semua lepas office hour okay. Nak bercuti sampai tak concentrate kerja ni parah ni. Harap beristigfar kalau yang asyik mengelat kerja tu. Dan juga buat iti ni memang ralit. Nak start memang malas, tapi bila dah teruja, dari satu ke satu semua nak google. *bagi iols la. korang tak tau la camne*
Hehe.

Tak semestinya semua tempat nak kena pergi. Ikut la minat, keselesaan dan budget korang. Link-link di bawah pun membantu saya jugak *Terima kasih blogger-blogger yang berkenaan. Dah la tak minta kebenaran kan, so kredit la sikit usaha depa. Tapi iols halalkan semua info dalam blog iols. Semoga memberi manfaat kepada orang ramai* 


2. Kediaman

Air bnb. The best website ever! Gambar bawah ni rumah kitorang untuk dua malam. Terbaik la beb.
Dah la cantik. Cozy plak tu. Tapi toilet kecik dalam hotel/apartment tu biasa la kat jepun. Tak kisah pun. Tapi kitorg memang saje tak amek duduk skali ngn owner. Saje, nak privacy.
Kena survey sikit location dalam google map. Pilih rumah berdekatan city center/odori park or convenience store sebab senang nak plan journey.
 :)





Malam terakhir kami tido di hotel berdekatan airport. Sebab flight awal pagi. Tak nak risiko lambat sampai aiport. Lagipun hotel-hotel berdekatan aiport ni banyak yang ada transit free from hotel ke airport. Kan dah dapat jimat duit teksi :)

 *lupa plak tangkap gambar dalam chitose airport hotel tu* 

Booking through hotel.com


3. Kenderaan

Dinasihatkan untuk booked kereta from website mana-mana yang dipercayai sebelum sampai sapporo supaya dapat kira budget dengan lebih tepat. Orang Jepun ni pulak sistem dia memang terbaik. Plus depa ni tak pandai sangat speaking english. Satgi jadi ayam ngan itik kat kaunter tu. *Macam kitorang hari tu la. hiks. Tapi best sebab depa usaha sedaya mungkin nak terangkan pakej kat kita*

Tapi kalau nak sewa kat sana sebab nak pilih-pilih kereta pun boleh jugak. Terpulanglah kat uols. Tapi lepas sampai di International Aiport tu, korang kena jalan sikit ke domestik airport. Nanti ada kaunter untuk pilih bermacam-macam jenis kereta dan pakej. Sampai pening dibuatnya. Banyak gilee kaunter. Then depa tak bagi kereta sewa kat airport tu. Tapi depa ada macam warehouse berdekatan airport. Ada bus transit free dari company sewa kita amek dari airport ke warehouse tu.

 Kitorang hari tu tak tau yang boleh sewa dari website je. Tu yang sewa kat sana. Memang tak plan nak naik train sebab winter sangat sejuk nak berjalan dari satu tempat ke tempat. Pastu pulak heater (kalau kita aircond laa) ada dlm kereta. Barang pun boleh bawak banyak. Biasalah orang melayu kan, mesti ada bekal. Selesa sikit. Plus kitorang travel berempat. So memang elok sangat ambil kereta. Jalan Hokkaido plak macam jalan luar bandar. So beware dengan snow jelah, jalan licin. Selalu kereta sana 4WD. Kereta kecik pun. So takde lah bahaya sangat jalan-jalan licin ni.

Jangan lupa international passport. RM150 (validity 1 tahun). Buat je kat JPJ mana-mana. UTC pun mudah. Bawak gambar passport skali. senang.

Oh, diingatkan pakej sewa kereta dia skali dengan petrol. Kiranya bila sewa tu dah ada full tank petrol. So kalau nak pulangkan, silalah fill up kan kembali. Kalau tak, dia tolak balik kat deposit. Andd. Petrol sana sangat mahal dari Malaysia (Feb 2016). Kalau convert, Nak dekat RM4.00 seliter. Kat Malaysia time tu baru RM1.70.

Kitorang pulangkan dengan fill up almost RM130 untuk Nissan Note. Size MyVi kat Malaysia. Tu pun minyak dalam tank ada lagi lepas 3 hari guna.


Bergambar dengan kereta kesayangan dan kesayangan semua. Ohhh, Harap jangan salah faham. Hubby iols kat belakang yang hensem tu haruslah paling i sayang. Laki couzie iols kat depan tu kesayangan couzie iols lah. Tak kan iols nak sayang dua lelaki pulak. Hati iols ada satu jee. *Eh. Pulak? Tak tanya pun*


Keadaan jalan raya depan apartment




Keadaan jalan raya kat city untuk kereta bersih sikit dari snow sebab depa jaga. Slalu shovel sebab bahaya kan. Licin macam ais. Ais ketul tu tau? Ha bayangkan korang jalan atas ais. Licin kan?



Tol ada tak sis?

Haruslah ada *lihat gambar bawah*





Tak sempat iols nak snap gambar pakcik jaga toll booth. Kat sini jaga tol semua pakcik-pakcik. Tak macam malaysia awek cun-cun. Hehe.

Pastu kalau boleh korang kumpul la syiling back up untuk bayar tol. Sayang pakai duit kertas. Kalau ada lebih duit kertas boleh tukar balik duit RM.
Kalau syiling tak boleh tukar kan. So kena habiskan. Depa ada jugak card mcm touch and go tu. Kira macam pass mingguan or bulanan. So, kira balik budget korang dan journey jauh mana nak pergi. Kalau berbaloi, amek ar. Kitorang kejap sangat, 4 hari. Tak berbaloi. *Boleh minta nasihat masa nak amek kereta kat warehouse tu*.

Tempat parking?


Ha. camni la lebih kurang. Ada tempat kena banyar. Ada tempat tak. Kalau tempat berbayat, kitorang suka yang bayar automatik sebab dorang kan tak pandai cakap english. Sadis tau cakap tak faham T.T

Risau sesat jalan?

Apa ada hal di zaman moden yang canggih ini. Uols boleh sewa internet portable kat airport. Simpan je dalam poket. *pastikan battery model portable tu penuh*. Iols waze je kemana-mana dari iphone. Aduh. Mudah sungguh. GPS kereta pun ada. Tapi tulisan jepun. Kitorang guna dua-dua sebab GPS kereta tu ada function laluan yang kita dah lalu. Ibarat datang dari arah tu, balik ikut arah tu jugak lah.


Camni ha portable wifi tu.. I likee.

Btw, kalau ada usb yang bubuh kat tempat rokok tu, bawak jelah spare. Selalunya kereta baru kan dah ada usb port untuk charge hp dan charge portable wifi tu. Tapi kan bagus sediakan payung sebelum hujan. *peace*

4. Pakaian

Pakaian pulak jangan main2 pakai baju bukan-bukan. Sejuk gile bapak tauu. Tapi kalau nak sep, korang pakai baju bukan2 tu dulu dari malaysia, sampai je jepun, terus ke Uniqlo or kedai-kedai baju utk rakyat marhein. Sebab winter dorang jual murah winter coat. Keperluan dorang kan. Macam iols tengok hari tu, kat universal traveler yang harga RM600-700 tu kat sana RM150 je. Tak tipu tau. Jangan pulak pergi butik designer. Memangla mahal. Hampeh.

Long john jangan lupe. Tapi kalau badan berdarah panas terlampau macam ami iols tu, berbogel pun masih tak sejuk. *buat ikon monyet tutup mata dalam whatsapp tu πŸ™ˆ*

Glove wajib bagi iols. Sejukk wey. Kalau ada duit lebih, beli waterproof. Boleh la main baling-baling snow balls. Hikss. Beku kalau pegang dengan tapak tangan. 

Stokin pulak untuk orang yang tak tahan sejuk macam iols ni, pakai dua lapis. Jangan lupa bawak satu spare kalau-kalau stokin basah masa jalan2 jauh dari apartment. Kang menangis kalau kaki kau beku.

Kasut tu pakai jelah apa pun. Cuma iols nak share. Kasut iols tu macam baldu2 sikit. Tak waterproof. So bile pijak kat snow kaki tengelam satu kaki, snow boleh masuk ikut celah-celah kasut dan basah stokin iolss. Sejuknyee sampai ke tulang. Iols redha jelah sebab tak budget dah nak beli kasut baru.. 😬


Tengok snow dia tinggi mana. Ni baru sikit okayy


Jangan usha ami iols lebih-lebih. Tabuh kang.. Iols nak tunjuk pedestrian walk tu. Licin macam ais batu. kalau kasut uols licin. Lebih baik korang beli spike untuk keselamatan bersama.
Sakit bontot okay kalau terjatuh. 
Sekian. Huhu.


Ais selonggok tinggi pinggang.


Kalau rasa nak baring-baring camni pakai la seluar waterproof. Kalau pakai cam kiotang pakai tu, silalah baring jangan lebih dari 5 minit. Nanti bontot basah (kalau tembus ke spender lagi parahh), sepanjang hari rasa dalam peti ais.  


Keberkesanan benda alah ni pun tak la berguna untuk iols. Tapi uols try la kalau hilang sejuk tu*


5. Makanan

Sebab tengok rasa halal hokkaido kat youtube, kitorang waze kan je restaurant halal berhampiran. Tak banyak kedai halal. Tapi boleh lah sebab tak lama kat sana. Setiap malam kitorang makan luar sebab nak try local food macam BBQ beef, noodle 🍲, oloong tea🍡, udon.


*at halal yakini kou*



Tapi ada satu malam tu, kitorang pergi convenience store. Beli udang, beli telur, beli sayur. Masak megi kat apartment. Sedap macam ahhhh. Tambah pulak tempat sejuk kan. Dapat pulak maggi kari ke asam laksa ke. Perghhh.

Setiap hari breakfast kitorg prepare roti ngn tuna ke ngn sardin ke. Kadang2 buat banyak banyak2 untuk buat snack dalam kereta. Perjalanan jauh2 jugak dari satu tempat ke tempat yang lain. Mesti perut lapar je memanjang. So sediakan jelah bagi happy tummy. Baru syiok jalan-jalan.


Calpis sekarang dah jual kat Malaysia. Masa kitorang pegi jepun dulu takde lagi kat Malaysia. So suka sangat lah beli kat vending machine.

Kulteleri plastik 🍴 dalam flight tu korang simpan la. Kadang-kadang ada masa kita nak guna. Balik nanti buang semua. Senang.

Kalau nak rasa makanan local kat convenience store or seven E tu boleh la nak makan onigiri tuna πŸ™ atau donat-donat. Ikut intention masing-masing. Yang harom jangan la pulakk tallaaa. Cepuk kang.

Nasi? Ade la jugak makan kat restaurant.  Then bawak jugak brahims utk makan breakfast. Goreng telur mata skali. Pergh! Macam kat kampung wa cakap lu. 

Sehari sebelum balik tu kitorang gi makan kat central market. Shashimi, ketam, ikan, semua rasa. Aduhh. Best nyee kadang-kadang makan mewahh.




*Raja Farah pernah makan sini*

Budget tu budget lah. Tapi kadang-kadang should reward diri gak sebab dah  sampai sejauh tu kan. Yang pasti green tea dia sedap gilee.

6. Wang Perbelanjaan/cenderahati

Depends on individu. Buat preparation betul-betul. Itinerary molek-molek supaya  cash yang ada nak belanja senang hati.

Nak ingat kan korang, kalau ada nak beli cokolat royce ke, biskut ichiya ke, gshock ke, kira betul-betul berapa nak beli utk family ke, utk boss ke, utk makwe ke, pakwe ke sebab dorang ada tax free untuk pelancong. Janji bayar satu amount yang ditetapkan dalam satu resit. Selalunya kat kaunter ade tulis. Tapi depa takdela nak gebang. Cuma rugi lah kalau uols beli sini sikit, sana sikit. Kena bayar Gst dorang tu. 
So jangan lupa list dulu before beli kay!


7. Toilet

Part ni nak cerita macam orang jakun. I likeee masuk toilet yang canggih-canggih ni. Tambah-tambah ada pemanas punggung kat seat jamban tu. Pastu ada pulak bunyi air yang boleh adjust volume dan tone supaya orang sebelah tak dengar korang tengah operasi kecik ke operasi besar. 

Rasa macam tak nak keluar dari toilet tu please. Kena air pun tak sejuk kateko. Hiks hiks.


8. Peringatan

Takde peringatan lahh. Hahaha. Pandai-pandai lah jaga diri kat tempat orang. Jangan buat tak ketahuan pulak. Drive elok-elok. Bagi signal. Bukak lampu kalau snow/gelap. Jangan buang sampah dari tingkap dan semua common sense lah. 
Kalau boleh buat kat negara orang, buat jugak kat Malaysia cemtu gak okay!

Bawak sekali aloe vera krim dan vaselin. Kulit akan jadi kering. Nanti rasa masa nak tido. Sapu lah aloe vera macam sapu lotion tu kat muka/bdn/kaki/betis. Nak guna lotion pun boleh. Iols gatai je sebut aloe vera sebab aloe vera berkesan untuk iols. ❄️❄️❄️


Orang sana memang hormat orang lain. So uols pun kena la hormat orang lain jugak. Asingkan sampah, buang sampah di tempat yang disediakan. Lap balik air kalau tepercik dalam public toilet dan sebagainyalah, Malasla kaklong nak bebel. Dah besar, pandai-pandai beringat okay. Macam mana korang nak orang luar jaga tempat kita bila dorang kat sini camtu lah jugak korang.

Nah kaklong belanja sikit gambar suci bersih snowny kat sana.











Odori Park (Depa tengah buat persediaan Sapporo snow festival)







Bye-bye 

Love, 
Aliya Zahir



About Me

BIG dreamer. BIG size. BIG liar.