Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah swt, saya selamat menamatkan pengajian saya dalam Master of Science In Integrated Construction Project Management secara separuh masa di UiTM Shah Alam. Dalam post kali ni saya nak simpan sikit memori untuk saya sendiri kenang dan kongsi pengalaman saya bekerja sambil belajar dan berjaya memperolehi CGPA 3.82 πdalam Master saya. Kejayaan seperti ini bukan diperolehi semata-mata atas usaha saya seorang. Doa dan sokongan dari suami, ibubapa, kaum keluarga, bos-bos, sahabat handai dan guru-guru juga faktor besar keberkatan kejayaan kali ini. Sebelum kita start, so ini lah un-official transkrip saya. Nak tgu konvo, dekat setahun weh! Kalau tak buat posting pasal ni, saya pun tak tau mana saya simpan slip2 exam result ni. Jenuh mencari. Hehe.
Kenapa saya ambil course Project Management?
So, sebagai permulaan, saya kenalkan diri saya pada yang belum kenal. ✌ Saya bekerja sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. So untuk Master degree kali ni saya dah fikir masak-masak seranumnya pada 2016 yang lalu lepas bincang dengan suami saya dan diri saya sendiri. Jadi, saya cuba Project Management sebab job description saya memang berkait rapat dengan pengurusan projek tapiii, harus juga saya berterus terang yang niat utama saya sambung belajar adalah nak catch up dengan isu semasa project. Kiranya mcm catch up teori sambil kerja. With all the technical planning, contract term and condition, execution, and 'what should I do when I kena hadap any situation thats required me to decide fast' tu buat saya fikir yang subject Project Management is my choice for my career. Walaupun sebagai junior officer, keputusan saya pada projek yang saya jaga takde la besar sangat tapi dengan teori yang saya dapat ni sungguh-sungguh berguna gila untuk saya apply masa kerja. So, untuk yang hati belum tetap nak ambil subjek apa, saya cadangkan (lebih-lebih lagi ke tertiary education macam Master ni), tanyalah diri sendiri. Kau tak kan dapat jawapan tu pada orang lain. Boleh minta pendapat, takde masalah sebab kita juga perlu tau isu semasa dan kemana Master ni akan bawa kita sebab dengan adanya Master kita macam kedepan la jugak dengan isu-isu terkini walaupun ala-ala je macam saya ni. Hehe. Apa pun, pengalaman jugak powerfull tool dalam human resource. Jangan main-main dengan pengalaman orang. Ingat tu. π. Pada pendapat saya lah (Saya tak pasti dengan academician/pelajar postgrad yang dah kerja yang lain), Master ni buat kita focus tentang apa yang kita nak aim in the end of our career. Macam saya ni, 30 tahun lagi bekerja oi, sebab umor pun baru 30.. so masa nak decide course apa dulu, saya mcm tak suka life saya ni plain. Ibarat sailing kat laut takde ombak. So, camna nak kemudi kapal? Nak buat autopilot? Tak thrill la beb kalau duduk kat zon selesa. So, make an effort sikit apa yang kau nak aim sepanjang career kau. Baru la kau boleh push diri and more motivated bangun pagi nak pergi kerja tu kan. Betul tak? Hehe. So, pilihla course dengan wajar beserta minat. Knowledge ni tak rugi invest taw! Syiok!
Kenapa saya pilih UiTM dan bukan institusi lain?
Ha, soalan ni tricky sikit. UiTM ofcourse la pilihan utama dia sebab yuran murah kan? Hahaha π. Selain daripada tu, UiTM juga bagi peluang kita belajar secara coursework dan kelas diadakan hari workdays. (Saya tak minat kelas weekend kalau diberi pilihan sebab saya suka aktiviti bersama keluarga masa weekend. Or boleh la ada masa nak siapkan assignment or study sikit-sikit, ok what? Takde la stress sangat)
Kalau nak dapatkan momentum, mode secara coursework ni lagi senang nak push and bahagi masa. Janji kita ke kelas, take note lecturer ajar, attend quiz/test and assignment sikit-sikit so boleh la graduate on time! (Saya mmg tekad nak graduate on time kalau Allah izinkan) Tp kalau ada motivasi nak buat as research boleh jugak. Tp sendiri kena mau ingat lah untuk siapkan research tu tau! Jangan nak melagho cari journal/paperwork sampai takde progress Thesis awak tu. Hehehe. Tp coursework UiTM ni tetap ada Dissertation, tapi takdela kena produce setebal macam Thesis research. Apa pulak beza Thesis & Dissertation ni? Hahaha, tu korg cari sendiri la. Panjang la plak makcik nak terangkan kat sini plak nanti. Sbb tu la makcik soh sambung belajar, supaya kau tau semua benda. Hehe
Okay, saya nak maklum juga kat semua yang saya setuju gamble untuk sambung belajar tanpa cuti dan tanpa biasiswa!
Perkara ni tak pelik pada pekerja swasta. Tapi, slalunya jarang bagi kami govt officer yang ADA KEMUDAHAN cuti belajar bergaji penuh dengan/tanpa biasiswa nak buat keputusan macam ni. Tapi saya sebulat hati sebab saya SAYANG sangat-sangat dengan pengalaman kerja saya. Saya baru 4 tahun bekerja (kurang pengalaman - saya grad degree Oct 2011), tapi saya dah decide nak sambung master tanpa cuti belajar. Memang ada officer yang lain macam ni jugak, tapi saya faham pengorbanan masa dia dengan keluarga lagi-lagi dah beranak pinak. Macam saya alhamdulillah, perlu suami je nak jaga. Anak takdek lagik. Anak tekak ada la. Haha. Cuba bayangkan masa yang saya ada ye :-
6.30am dah bersiap ke office untuk punch in 7.30am (tq for flexi hours)
4.30pm kena keluar punch out (kdg2 tak dapat keluar on time sebab meeting yang berpanjangan petang-petang aishhh, buat ngantok aje) untuk ke UiTM Shah Alam sebab kelas kebanyakan start 5.30pm-8.30pm or 8.30pm-11.30pm. 3x seminggu.
Pengalaman tahun pertama belajar:
Pada tahun pertama saya belajar, rumah saya di KL- office di KL- sempat lagi ke Shah Alam kdg2 siap dinner kat rumah dulu baru ke kelas kalau takde outstation. Tapi kalau ada outstation (mostly Johor, sbb time tu projek saya banyak kat Sabah/Johor.. fuuh, bawak kereta macam pelesit) Sebab bg saya penting pergi kelas sbb cikgu-cikgu ni bg soalan exam berdasarkan apa yg di cakap selalunya. So kena fokus. Catat semua, minum kopi ka, nescafe ka untuk elak ngantok. Yela manusia, kdg2 ter-menguap, lagi-lagi pukul 9.30pm letih kan kerja.. pergi kelas, esok kerja lagi, Sabar jelah, benda kejap ye. 2 tahun jeeee.
Ada pengalaman saya tahun pertama ni la, saya pernah pergi kerja, then pergi klas, sampai rumah 12am, bersiap tdo kjp, pukul 4am bgun sbb nak kejar flight 7am. Ada la few times. Ala kau fikir mcm ni la, benda mcm ni bukan kena hadap hari-hari. Hadap jela, sikit je tu ujian dia. Yang penting, makan-minum semua dlm beg. Apa pun takpe janji makan.
Pengalaman tahun kedua belajar:
Masa tahun kedua ni, memang thrill. Tetibe saya kena transfer tempat kerja, nak nangis saya sbb nak cope dengan perubahan masa dan environment kerja baru (Jaga peruntukan projek persekutuan satu Malaysia). Rumah saya di KL- office di Putrajaya - Klas kat Shah Alam.
Sebenarnya tak jauh pun 3 penjuru tu.
Tapi kalau kena high traffic, boleh tahan laaaa kau buang masa/petrol/tol atas jalan. Lagi2 musim puasa ke. Masa ni memang saya pernah menangis. Tp alhamdulillah, bos saya sangat-sangat memahami. Husband pun banyak support emosi. Sebab tahun terakhir ni kau kena banyak ulang ke Uitm Shah Alam jumpa supervisor, mana nak siapkan projek. (Bila course project management, haruslah ada projek-projek kecik kena settle)
Tapi, cabaran dan pengalaman ni membuatkan saya open minded dari judge people. Seronok tau jumpa kawan-kawan coursemate yang sama-sama balik dari kerja sama-sama penat bincang assignment/projek. Kat klas after officehour tu, rasa macam ada positive vibes π₯sebab course saya ni pelajar dia dtg dari macam-macam background.
Contoh saya sendiri background civil engineering and kerja as engineer.
So, ada architect yang kerja dari firm,
Quantity survey yang kerja di consultancy office,
so, mcm-mcm la.
We all share pasal isu kat tempat kerja, pasal family, pasal belajar. Saya memang tak menyesal kenal dengan coursemate saya semua. π #keepintouchtaukawankawan
Apa yang saya belajar masa Master
Semester satu semua pasal theori je. Kawan-kawan nak buat group assignment pun tak kenal lagi kecuali adik-adik yang baru lepas degree trus masuk master or kawan-kawan yang mmg daftar nak masuk course ni sama-sama. π Tapi tak kisah pun. Ada 3 subjek je sem 1 (kalau amek MODE part time mcm I ni, boleh amek sikit credit hour untuk sem. Tp kalau awak pelajar MODE full time, credit hour kena banyak sikit).
So apa beza pelajar MODE part time & full time UiTM ni eh? Lupa saya nak terangkan awal-awal tadi. Part time student ni dibolehkan grad dalam masa 2 tahun mengikut planner yang dah disediakan oleh coordinator program course tu. Tp kalau awak daftar untuk full time, so bermakna, awak dah bertekad nak hbes awal, so awak kena habes dalam masa 1.5tahun. Tapi kelasnya masih sama, after office hour weekdays. Cuma awak grad awal/lewat jelah. Ada je kwn2 yang berkerja amek MODE full time. Mcm saya ni mmg dah bertekad dari awal, ikotla planner coordinator as MODE part time. Biar lambat, asal selamat, asal tidak gila. HEHEHE. So, dapat paragraph ni, kiranya SEM 1 saya tak semestinya SEM 1 kawan-kawan yang lain πΈ
☝Site visit to Istana Seri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Assignment project ni kami buat untuk complete course 'Management of Property & Environment' Semester 2. So, kami kena approach contractor yang buat kerja-kerja rehabilitation/renovation/refurbishment and study mcm mana dia buat kerja specifically on environment mcm pengurusan sisa pepejal camtu la kot. Yang bestnya, projek ni digazet bawah akta warisan. So, kalau nak buat renovation, kena cari kayu asal bangunan ni! kena cari penjaga istana, so, cat, ke whatever benda la semua kena tgk dari A-Z! Pergh best. Client dia JKR.
Group kami dapat A untuk subjek ni! Dari kini (Aliya (engineer), Kak Fiza (QS JKR), Dzikri (Arkitek), Mazura (CM), Ema (CM)) |
☝ Yang ini pulak masa saya Semester 3, under subject 'Integrated Simulation Project 1'. Yang bestnye subject ni, lecturer dah cari siap-siap simulation projek kat kita. Contoh macam kali ni kena buat projek perumahan, macam projek betul-betul la dah tau. So, yang sem ni, kami kena buat projek perumahan, yang clientnye adalah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah. (Pergi Sabah dengan ongkos sendiri ye, haha, takdela UiTM nak tanggung ke apa) Lecturer dah dptkan geran (tanah kosong) untuk kita study on demand rumah jenis apa yang sesuai propose kat situ. Kau igt senang ke primary info tu nak dpt? Siap dapat jemputan dari DBKK, Majlis pembandaran & dll. So kami dibahagikan ikot background masing-masing campur form as one group. So arkitek buatlah kerja arkitek dia, engineer buatlah kerja engineer dia, QS buatlah kerja QS nye.. sampai jadi proposal : rumah jenis apa patut jual, harga brapa & siapa kita pnya target market. So, konon-konon kalau ada 5 group, ada la 5 proposal pada LPPB tu utk dia guna mana yang nampak reliable. Takyah la dia bayar consultant buat study dah. Kitorg tolong buatkan. Susahla gak sbb saya dah biasa kerja as client, alih-alih kita nak cari maklumat tu semua lagi kan. Tapi challenging la & best work as group dgn budak2 ni. Dari sini, kau akan belajar pasal economic demand, social demand dll yang dulu kau tak pernah kisah! I solute dengan lecturer yang comeout with the content of this subject. ππ #bagithumbsupsikit sebab kena bagi kitorg fikir mcm nak mati. Haha. Part presentation dia mmg best la. Saya dah mcm Executive Director dlm cite Korea.. gebang idea group kami the best!
Group ka mi pun dpt A untuk subjek ni! Dari kini ( Kak Intan (arkitek JKR), Kak Azreen (QS), Marjan (Engineering), Pfa (QS), Aliya (Engineering), Ema (CM) and Aqila (QS)) |
☝ Subject 'Integrated Simulation Project 2' pulak sama je dengan ISP 1.
Cuma ISP 1, kita belajar Malaysia punya context tp ISP 2 kita blajar internationally.
So dalam theory subject pun ada subject yg akan support projek ISP 2. So, untuk semester saya, faculty bawa kami ke Banda Aceh! (Tq Faculty sbb kami takyah bayar tiket flight mahal & ambil cuti pjg2 sbb Banda Aceh dekat je π. Ada semester tu senior sampai pergi Shanghai dsbagainya. Seronok tp costly la. Hehe)
So project-nye adalah ala- ala untuk proposed redevelopment utility infrastructure after Tsunami 2004 (Sorry tak boleh sebut details dalam sini sebab byk info P&C). What can I say, it is not an easy journey for all of us. Kami yang baru setahun jagung dalam construction industry struggle mcm2 especially on data. Sbb Banda Aceh punya government website sgt limited!
Pergh, nak pecah kepala nak buat market research kawasan tu, nak suit dgn culture dsbgainya.
Tu belum lagi part budget/procument/loan utk company malaysia yg nak venture internationally. Priceless experience and knowledge. Siap ada pegawai dari Exim Bank dtg bagi sharing knowledge kat kami dlm klas (Tq madam, for new knowledge).
Secara ringkasnya,
Sebelum ada master ni, saya tak peduli pun hal-hal economy mcm ni.
Tapi sekarang ni, website/article dari World Economy Forum and Fast Factory tu jadi interesting tau.
Hehe. Seronok baca.
Tu belum semangat-semangat yang ambil dari TED Talks
untuk polish our presentation. Sbb setiap minggu ada board meeting (mcm cite korea tu π) yg kena bentang progress kat chairman company iaitu our beloved lecturer.
Ketaq lutut! Hujung minggu mmg minta nyawa la sbb nak siapkan progress report.
Hahaha. All the memories and knowledge!
Masa site visit ke Acheh, kami sempat singgah government office berkaitan/universiti tempatan & tempat-tempat wisata yang begitu menginsafkan.
☝ Dissertation saya! Disamping sibuk dgn kerja hakiki kat office, project ISP 1 & ISP 2 dan jugak subject-subject theory yang lain, saya kena bahagikan masa untuk siapkan 'baby' saya ni jugak. Bila dah siap saya menangis. Huhu.
Untuk course saya siapkan dissertation ni tak stress sgt sbb SEM 3 kita dah buat Chapter 1-2-3 yang merangkumi Introduction, Literature Review & Research Methodology. SEM 4 pulak perkemaskan Chapter 1-2-3 dan settle Chapter 4-5-6 sbb tu la SEM 4 ada 7 credit hour untuk subject ni. Gila Babas punya kena all out bahagi masa untuk writing.
Masa nak submit ni pun kritikal gak sbb kita baru lepas GE14. Kau igt tak apa berlaku masa GE14? Ye.. perubahan kerajaan. Saya waktu tu jaga duit projek pembangunan untuk Kementerian XXX, mcm nak mati kerja office πππ sbb semua maklumat, kerajaan nak on the spot. Malam-malam mana aku nak writing, mana aku nak buat kerja office lepas tu pulak masuk bulan ramadhan. Tido dua jam tu cukup rahmat tau. Syukur sangat dalam bos yang sangat prihatin. Saya minta cuti jugak 3 hari sebab takleh fokus nak siapkan discussion chapter 5. Boss bagi cuti tau kawan2. Tp suruh standby kalau nak info.
Untuk pengetahuan semua, saya sampai check in hotel satu malam tau (Hotel Istana walaupun rumah sekangkang kera) sehelai sepinggang tak bawak baju semata-mata nak lari dari tempat study biasa kat rumah. Kat library pun sampai tahap tepu tak nak keluar mood. Mood writing ni mmg susah nak dapat. Sama la mcm nak produce blog pun. The toughest one! (Tq husband layan kerenah i. haha)
MY ADVICE:
Please make summary every chapter!
Please cited every article & jgn lupa tulis kat ref!
Please-please-please proofread your sentence. Pergh. Bukan kerja mudah.
Allah tahu bukan kerja mudah. Semua tahu.
After all. Siap jugak. Ada juga kawan terkandas dekat part dissertation ni. Tp jgn risau kawan, tekan je pedal sampai gear 6. Masuk sport mode siap kan then graduate! Chaiyok2!
So. Dh habis dah. Ada ke yang baca sampai habes? Hehe Terima kasih semua. Sedikit sebanyak coretan pengalaman saya bekerja sambil belajar. Saya ni manusia biasa, kalau ada penggerak sikit, baru saya pandai hargai masa. Tak percaya, cuba lah! Kalau tak, memanjang je nak tengok series netflix jugak.
Dan ....
Saya tak pernah paksa diri saya utk dapat 3.75 above every sem (APF ni mcm deans list la utk degree). Tapi alhamdulillah, nasib menyebelahi saya. Yang ni memang dtg rezeki dari tuhan maha besar & maha kuasa. Saya cuma work smart je every sem. Cuti sem plak pergi honeymoon ngan husband kat oversea. Kehkeh. Tp disebabkan saya dapat APF every semester, untuk convo akan dtg ni saya dapat selepang pink! Yeay. Tak sabar convo!
Saya tak pernah rasa menyesal dan bersedia siapkan proposal PhD sekarang.
Saya teringin nak sambung belajar oversea :)
Doakan saya tau.
Nak fight cari scholarship ni and untuk makluman, scholarship ke oversea kebanyakan sampai had umur 35 je. So, pada siapa yang ada endurance yang kuat, cuba la ambil Master awal 30an.
![]() |
Buat nota mcm ni 20copy sampai igt semua formula π and jawab soalan past year |
![]() |
Cara saya disiplin utk study for final exam (ni utk sem 1). Kotak colour tu hari exam. |
![]() |
Yang ni pulak untuk sem 2. Exam time raya mmg UiTM punya style la. Haha. πSiapa student UiTM please embrace it la, kau study brapa tahun je. Sabo je, janji study week kau dh boleh balik rumah kan? Tp alhamdulillah, sem ni saya dpt 4flat. Punyala sibuk dengan kerja, tp bila dpt kejayaan mcm tu, saya rasa Allah dah kurniakan segala nikmat yang dia ada untuk bagi saya. Saya tak rasa lgsg hidup ni incomplete. Rasa lagi sayang pd Allah adala! π![]() The end! Post sikit muka cinta hati. Tq support saya dari mula sampai habis. Tp dia dah cakap, saya convo nanti, dia taknak masuk dewan sebab takot berdengkur. |