Monday, January 17, 2011

going wild in borneo part one

Ehem. Bismillahirahmanirrahim.
Ehehe. Percutian pertama 2011 sangat indah.Kenal dunia baru. Kenal dengan kawan-kawan. Yeah. Actually I bercuti dekat Miri Sarawak. Sebelum pergi, ramai cakap kat belakang, “kenapa pergi miri? Bukan ada apa pun. BORING. Ada minyak je. Laut pun tak boleh mandi” post kali ni nak bagi orang yang cakap belakang tu nampak ada benda banyak lagi dorang tak teroka depan mata. Malu je kalau asyik album bercuti kat oversea penuh dalam facebook tapi dalam Malaysia takde pun bercuti mana. Tak kesah la oversea dekat ke jauh (ehh. Macam ada ayat-ayat jeles je kau tak dapat pergi oversea macam dorang. Kah-kah-kah). Takde la nak sakarstik, ye i memang tak pernah pergi jauh-jauh. takat indonesia, singapore dengan thailand tu pernah la sampai. Mana la cheq ada duit, student lagi haaa. nak pegi vacation je semua kena plan awal. keje sume. yelah. nak carik duit. all expenses kena tanggung sendiri dek nun. dari transport ke souvenir. Jangan harap la parents nak bg ongkos. tp kalo dorang bagi, amik jelah. hihi. Saje je nak buat ayat kencang yang Malaysia ni sangat banyak tempat cantik yang boleh pergi dengan budjet murah. Moh-moh kita cerita pasal miri.
The first oil well in Malaysia jumpa kat sini dulu kalau korang nak tau. Ini la yang buat james broke kaya kot. Miri sangat cantik dan tenang. SKO petronas pun ada kat miri.
Participant pic

(dari kiri. Mr J, Mr R, Miss Z, Mr W, Miss A, Mr A, Miss M)

DAY ONE ( 7 Jan 2011)
Miss M and Miss A arrived safely at miri airport pukul 9.15pm. Guys dah sampai awal. Sebab we all tak naik sama flight. Guys yang lain selamat sampai kat rumah Miss Z. actually we all dah beli flight ticket setahun yang lepas. Pegi balik RM58 je. Nice habess..
Then we proceed pergi pasar malam dekat town. Masa dekat pasar malam, kami dah praktis speaking Sarawak. Haha. Em. Makan tak tongkeng ayam?? Wa makan… wuu..
DAY TWO ( 8 Jan 2011)
Pagi dekat miri sangat tenang dari semenanjung. We all bagun awal pagi and pergi amik abang miss Z. Then abang miss Z bawak pergi THE GRAND OLD LADY, tempat pertama oil well dekat Malaysia. Ada muzium suma. Pegi la sana kalau nak tau sejarah dia. Sangat-sangat menarik!
oh. sila perhati tiap2 pic. berharga sgt tu! (KLIK UNTUK GAMBAR BESAR untuk semua gambar. nak zoom skali pun boleh)

cak!

After that we proceed to TAMAN AWAM MIRI. Sessi photography berlangsung dengan meriah. Yelahh. Kitorang memang gila camera! Kui-kui-kui. FYI, kat taman miri ni pun ada platform minyak. Bangge betul miri ngan platform dia.

saja nak jimat space. tp nak show semua. kih-kih-kih


gambaq mahal ni. tonggek habess kau Mr R

saranghae!



Lepas dah penat bergedik, jom makan MEE KOLOK SARAWAK!



Petangnye we all pergi tengok sunset dekat Luak Bay sambil makan sayap ayam yang paling sedap (KONON.tp betul sedap weh. sebab ada orang belanje :P )
gambar tanak wat group sebab semua santek-santekkkk





the chosen picture!



Dinner? Ehh. Makan lagi? Wahaha. Makan dekat SINGAPORE CHICKEN RICE. Ingat tak boleh jumpa Singapore ke kat Sarawak?? Haaaa..

Kenyang perut senang hati.Then we all proceed to MIRI CITY FAN. Eh. Mana ada dayang nurfaizah buat persembahan. Kitorang la buat persembahan. Main UNO card tengah-tengah pentas. Drama betul! Terjerit, memekik sana-sini. Huhu. BEST!


tak sah tade gambar lompat. haha.

DAY THREE ( 9 Jan 2011)
Good morning MIRI. Kereta takde hari ni. Mama miss Z ada hal nak guna. Tapi apa ada hal. We all rock kot. Pergi town naik bas general! RM3 dari rumah Miss Z ke town.

Sampai je dekat town we all makan LAKSA SARAWAK BombayCafe. Nyaman eh! Mr R siap speaking bahasa iban lagi. Belajar mana kau? Haha

After that we all jalan kaki around town miri. Huhu. Macam tourist betul weh. Dengan sunglasses, camera. Wahaha.


haah. cantik kan gaya sumpit kitorang :D

ape ni??
oh. muke jakun kitorg jumpa webcam kat computer touch screen. @.@


Nasib we all sangat baik. Time tu we all kat parkson, and sepupu Mr R telephone nak amik we all pergi rumah dia. Cukup ke kereta dia? Apa ada hal sepupunya bawak grand livina. Jumpa jugak orang yang tak cakap bahasa Sarawak dalam dua hari ni. After that sepupu Mr R terus hantar we all balik.
Lepas maghrib we all keluar balik pergi tanjung lubang. Makan seafood. Nyum.nyum.

Perut ada ruang lagi? Berger KFCK jom!! cari tempat ni guna GPS wa cakap lu! sangat fofular kat miri.
Balik awal sebab nak tengok juara lagu. Faizal Tahir ROCKS!

DAY FOUR (10 Jan 2011)
Hello day 4! Destinasi hari ni BORNEO RAINFOREST RESORT.
Nama tourist guide we all Pakcik Syafiee. Dia dah 30tahun duduk semenanjung Malaysia. Dia boleh cakap 15 language! Awww. Dasyat tu.
Aktiviti pertama jungle tracking. Trek dia dekat-dekat 1 kilometer jugak. Budak baju merah cons gile ngan pakcik syafiee. Sikit-sikit kena tegur! Dia nak amik kau jadi menantu dia kot weh! Hehe. Seronok. Dapat tengok semut besar-besar dalam 1inci joget-joget. Kayu-kayu tumbang. Kayu belian. Ikan. Ha. Ape g ekkk.. erm. Semua benda dalam rainforest lah! Sangat cantik. Kagum



Aktiviti kedua boating. Tasik die kecik je. I rasa tasik utp lagi besar. Penat kitorang lawan lumba boat, kitorang layan lawan uno dalam boat! Mana penah dibuat orang beb!




Aktiviti ketiga lunch. Okay. Lunch kat dalam hutan makan kambing. Dah la layan macam hotel. Memang hebat la layanan BORNEO RAINFOREST RESORT ni!


Aktiviti keempat fishing. Hujan dah turun renyai-renyai. Tapi suma had fun.

Aktiviti terakhir. Tour around resort dengan traktor. bape hektar weh? aku lupa. Macam-macam tanaman . Macam-macam haiwan! Lepas sejam setgh perjalanan baru habis
Petang semua dah semput. Balik-rehat-tido. Sebab besoknye we all dah start nak pergi brunei. Wuhuuu!

okay before that gambar lompat lagi.. awww..

to be continued. gambar gile banyak nak edit!

going wild in borneo part two

DAY FIVE (11 Jan 2011)
Rise and shine! Bangun jom. Hari ini nak bertolak ke Brunei. Har.Har.Har.First sekali we all singgah dekat e-mart permyjaya. Tuka duit dulu:

Currency that day agak rendah one dollar brunei sama dengan RM2.38.
Then we proceed pegi “branch” gabungan breakfast and lunch (nampak sangat korang sume bgun lambat weh. Kantoi!) kat mane weh makan?? Sugarbun la beb! Kat borneo je ada. Kat semenanjung mana ada!

Kenyang perut senang hati. Jom kita ke brunei!
Ok. Sampai border.

Wuh. Dah ada kat brunei. Yeah-yeah.
The journey took 3 hours driving to town. Ape lg, perut dah kenyang kan??

Tido la jom! oh. kitorang wanita kat blakag tak tido beb!

Yeay. Dah sampai rumah nenek miss z. we all berkenalan dengan nini tam dengan nini puteh. Sangat sporting dua orang ni. Dorang cuba cakap bahasa melayu ngn kami. Hehehe. Nini tam pun dh remind we all yang bersigup kat brunei prohibited. Kalo kena tangkap, kena denda $150. Ha. Amikk..
Eh lupe nak bagi tau, apa tu bersigup? Waha. Merokok la!

*rumah ninitam*

Without wasting our time, we all bergerak ke town. Here we come GADONG THE MALL. Okay, orang jakun macam I memang amat jakun bila nak melintas jalan kat brunei ni.. tak payah tgk kiri kanan beb. Lu lintas je, kereta automatic akan berhenti depan lu. Tapi jangan la pulak dok lenggang kangkung, jalan la terus! Haha. Takpayah traffic light orang melintas. Kagum ah-ah.

Next destinantion pergi TIMES SQUARE. Haaaaa. Ingat kat Brunei tade?? tapi tade la roller coster gedebak gedebuk bagai.. we all nak makan sushi saja as our dinner.



After that we all pergi JURUDONG PARK. Ini Disneyland Brunei tau. Dengar kata ada macam-macam mainan. Saja nak pilih pegi malam sebab nak tengok lampu yang cantik. Auumm. Moh-moh.
JERUDONG PARK TUTUP! T.T
Fine! Okay. Dengan lampu-lampu dia tutup. Kesedihan tahap membara dalam hati we all. Dah la hujan rintik-rintik pun kitorang sanggup redah. Aigooo..
Tape. Tunggu jap kawan2 besigup. Cover2 siap.
Next destination kena naik balik kereta unser jalan pergi Empire hotel. First skali niat kitorang nak cari pantai. Naik main uno la konon. Hotel tu besaq sangat sampai sesat! Hujan makin lebat pulak tuh. Dah la. Jom pulai (balik dalam bahasa brunei)
Sebelum balik sempat singgah PASAR MALAM GADONG. Carik NASI KATOK paling sedap yang diperkatakan miss Z. guys je yang beli. I nak kenyang nak pecah perut dah makan sushi. Mr W angn Mr J perasan yang orang sume tengok dorang. Alah.. korang orang Malaysia kot. Mestilah nampak hebat! *sambil angkat tangan kat bahu, mata jelling kat tepi gaya afdlin shauki
Dah sampai rumah, lepak jap. Then ZZZ. Penatnya hari pertama kat brunei. Good night Brunei

DAY SIX (12 Jan 2011)
Good Morning Brunei! Usu Miss Z invite we all breakfast kat rumah die. Aumm.. makan free. Jom2

Usu with her children

Next destination, tour around KAMPUNG AYER. Original masyarakat brunei dating dari kampong ayer la. Istana pun atas ayer. Ada banyak sekolah, masjid, balai polis, stesen minyak, suma atas ayer. Tak percaya? Tgk la gambar2 sendiri, tak pun korang pegi la experience by yourself terus. :D




tgh cari monyet hidung besarr dan buaya vegetarian bak kata tourist guide kitorg (konon vegetarian)


the first pic is nakhoda manis (si tanggang versi brunei)



antara facilities at kampung ayer. sekolah (bukan sebuah ye. banyak. berbelas-belas), balai polis, and pejabat. yang uniquenye, suma atas ayer. dari dolu-dolu okay! nak tau lebih lanjut, gugel sendiri yahh.. banyak kalau nak cerita pasal kampung ayer ni. tapi memang sangat-sangat menarik!



Penat? Lapaq? Jom lunch dekat JOLIBEE. JOLIBEE. JOLIBEE. Dekat yayasan

Lagi.Lagi. Nak berjalan mana beb? Haa.. Makan dairy queen jom




then lepak main UNO. Tapi tak sempat nak start main. Kene tegur ngn guard. Tapelah. Kita tunggu asiah makan nasi katok dia.

faizal tahir dow!



Asar dekat masjid sultan omar ali saifuddin kat blakang gambar tu. Kubah masjid ni dibuat daripada emas! oh bawah ni gambar malam. masjid ni ada dalam cerita p ramlee (tiga abdul). tak percaya? tgk la sendiri! Sultan omar ni ayahanda sultan Haji Hassanal Bolkiah, sultan brunei sekarang!


Jom bertolak ke MUARA pergi rumah ngangah miss z! makan free lagi. Yeah2.. sebelum maghrib, anak ngangah (apis) bawak kitorang pergi pantai berakas. Time to snapping again!






halahhhhh. pompuan-pompuan ni pun gedik nak lompat jugak.


Okay. Matahari dah terbenam. Jom balik rumah ngangah.. terkejut woo. Ngangah sambut we all dengan music sentimental, macam dalam ballroom hotel! Syiok sangat. Makan beras laila, ambuyat dan macam2 lagi. Ngangah memang masak sedap!! Thank you.
*ttbe ninitam sampai dengan niniputeh.
Seronoknya ramai orang. Sebelum keluar rumah, again photography session!

Dari rumah ngangah we all pergi lagi jerudong park. The 2nd visit macam okay. Tapi banyak game tak bukak. Tangkap gambar jelah kawan-kawan ye. Badan pun dah letih gile..
Yang paling excited skali, we all menyelinap naik dekat papan tanda jerudong park yang besaq tu.. macam komunis beb! Berlari2 semua. Tangkap gambaq cepat2 pastu terjun turun! Kaki masuk selut, Mr A pun terjatuh luka. Hahahah. Semua gara2 takut polis nampak. kat brunei ni sikit-sikit denda wa cakap lu. tak tambat lembu pun kena denda beb! Haha. Exciting gile!


sebelum kejadian kurang enak oleh Mr R. Grrrrr


Terus i lari duduk depan! Kau memang nak kena Mr R.


Hari malam diakhiri dengan beli nasi katok dekat gadong lagi. Hihi.
DAY SEVEN (13 Jan 2011)
Good morning brunei! Hari terakhir di brunei :(
Pagi2 we all pergi TAMU KIANGGEH. Cari makanan brunei kat sana. I beli bawak balik kuih cincin dengan kuripit. Mahal tau. Tapi mesti bawak balik. Bukan senang nak datang kan?

Okay dah tengok macam mana masyarakat brunei berurus niaga kan? Jom ke ROYAL REGALIA. Ada pameran alat2 kebesaran diraja dan sejarah2 kerabat diraja brunei. Sorry no camera inside. Kita tangkap gambar group photo je kay!


Lapaq? Jom branch dekat ayamku.nyam-nyam!
Lagi? Sempat jalan-jalan lagi ke ni?? Kita naik bukit syahbandar jom. Niat nak tgk Bandar brunei dari bukit. Tp masing-masing malas dah nak daki bukit. Hehe..


Semayang kat masjid jame'


Hari pun dah petang, jom balik kemas beg, nak bertolak miri balik hari ni.

bergambar kenangan depan rumah usu miss Z. Thanks a lot for accommodation! :D

Ayah miss z drive unser. Beliau bawak we all pergi SERIA. Tempat yang buat brunei kaya. Di sini lah pemprosesan minyak2 brunei. Siap korek onshore lagi.. memang teruja. Wau!

tgk la ade flare boom atas darat. selama i intern dekat offshore company, langsung tak penah i terpikir mcm ni rupanya flare boom onshore! hohoh






bende alah ni banyak gile. ada yang tak dipagar. di pam petroleum kot. ntahla. i have no idea. hehe. tak mau la buat-buat andaian sendiri. tp ini memang cool!

Ayah miss z jugak beli nasi katok bawak balik brunei makan. Tapi kitorang beli pop ice. gedik betul!


Wuhu.. tutup buku pengembaraan brunei kali ini. Jumpa lagi nanti! Mana tau kenduri kawen miss Z ke? Ahaha!

sebab kau mr J tido dengan nyenyak. ini souvenir tuk kau. kau immigration pun kau bantai tidoq nahhh


bye-bye BRUNEI



to be continued...

About Me

BIG dreamer. BIG size. BIG liar.