Monday, January 17, 2011

going wild in borneo part one

Ehem. Bismillahirahmanirrahim.
Ehehe. Percutian pertama 2011 sangat indah.Kenal dunia baru. Kenal dengan kawan-kawan. Yeah. Actually I bercuti dekat Miri Sarawak. Sebelum pergi, ramai cakap kat belakang, “kenapa pergi miri? Bukan ada apa pun. BORING. Ada minyak je. Laut pun tak boleh mandi” post kali ni nak bagi orang yang cakap belakang tu nampak ada benda banyak lagi dorang tak teroka depan mata. Malu je kalau asyik album bercuti kat oversea penuh dalam facebook tapi dalam Malaysia takde pun bercuti mana. Tak kesah la oversea dekat ke jauh (ehh. Macam ada ayat-ayat jeles je kau tak dapat pergi oversea macam dorang. Kah-kah-kah). Takde la nak sakarstik, ye i memang tak pernah pergi jauh-jauh. takat indonesia, singapore dengan thailand tu pernah la sampai. Mana la cheq ada duit, student lagi haaa. nak pegi vacation je semua kena plan awal. keje sume. yelah. nak carik duit. all expenses kena tanggung sendiri dek nun. dari transport ke souvenir. Jangan harap la parents nak bg ongkos. tp kalo dorang bagi, amik jelah. hihi. Saje je nak buat ayat kencang yang Malaysia ni sangat banyak tempat cantik yang boleh pergi dengan budjet murah. Moh-moh kita cerita pasal miri.
The first oil well in Malaysia jumpa kat sini dulu kalau korang nak tau. Ini la yang buat james broke kaya kot. Miri sangat cantik dan tenang. SKO petronas pun ada kat miri.
Participant pic

(dari kiri. Mr J, Mr R, Miss Z, Mr W, Miss A, Mr A, Miss M)

DAY ONE ( 7 Jan 2011)
Miss M and Miss A arrived safely at miri airport pukul 9.15pm. Guys dah sampai awal. Sebab we all tak naik sama flight. Guys yang lain selamat sampai kat rumah Miss Z. actually we all dah beli flight ticket setahun yang lepas. Pegi balik RM58 je. Nice habess..
Then we proceed pergi pasar malam dekat town. Masa dekat pasar malam, kami dah praktis speaking Sarawak. Haha. Em. Makan tak tongkeng ayam?? Wa makan… wuu..
DAY TWO ( 8 Jan 2011)
Pagi dekat miri sangat tenang dari semenanjung. We all bagun awal pagi and pergi amik abang miss Z. Then abang miss Z bawak pergi THE GRAND OLD LADY, tempat pertama oil well dekat Malaysia. Ada muzium suma. Pegi la sana kalau nak tau sejarah dia. Sangat-sangat menarik!
oh. sila perhati tiap2 pic. berharga sgt tu! (KLIK UNTUK GAMBAR BESAR untuk semua gambar. nak zoom skali pun boleh)

cak!

After that we proceed to TAMAN AWAM MIRI. Sessi photography berlangsung dengan meriah. Yelahh. Kitorang memang gila camera! Kui-kui-kui. FYI, kat taman miri ni pun ada platform minyak. Bangge betul miri ngan platform dia.

saja nak jimat space. tp nak show semua. kih-kih-kih


gambaq mahal ni. tonggek habess kau Mr R

saranghae!



Lepas dah penat bergedik, jom makan MEE KOLOK SARAWAK!



Petangnye we all pergi tengok sunset dekat Luak Bay sambil makan sayap ayam yang paling sedap (KONON.tp betul sedap weh. sebab ada orang belanje :P )
gambar tanak wat group sebab semua santek-santekkkk





the chosen picture!



Dinner? Ehh. Makan lagi? Wahaha. Makan dekat SINGAPORE CHICKEN RICE. Ingat tak boleh jumpa Singapore ke kat Sarawak?? Haaaa..

Kenyang perut senang hati.Then we all proceed to MIRI CITY FAN. Eh. Mana ada dayang nurfaizah buat persembahan. Kitorang la buat persembahan. Main UNO card tengah-tengah pentas. Drama betul! Terjerit, memekik sana-sini. Huhu. BEST!


tak sah tade gambar lompat. haha.

DAY THREE ( 9 Jan 2011)
Good morning MIRI. Kereta takde hari ni. Mama miss Z ada hal nak guna. Tapi apa ada hal. We all rock kot. Pergi town naik bas general! RM3 dari rumah Miss Z ke town.

Sampai je dekat town we all makan LAKSA SARAWAK BombayCafe. Nyaman eh! Mr R siap speaking bahasa iban lagi. Belajar mana kau? Haha

After that we all jalan kaki around town miri. Huhu. Macam tourist betul weh. Dengan sunglasses, camera. Wahaha.


haah. cantik kan gaya sumpit kitorang :D

ape ni??
oh. muke jakun kitorg jumpa webcam kat computer touch screen. @.@


Nasib we all sangat baik. Time tu we all kat parkson, and sepupu Mr R telephone nak amik we all pergi rumah dia. Cukup ke kereta dia? Apa ada hal sepupunya bawak grand livina. Jumpa jugak orang yang tak cakap bahasa Sarawak dalam dua hari ni. After that sepupu Mr R terus hantar we all balik.
Lepas maghrib we all keluar balik pergi tanjung lubang. Makan seafood. Nyum.nyum.

Perut ada ruang lagi? Berger KFCK jom!! cari tempat ni guna GPS wa cakap lu! sangat fofular kat miri.
Balik awal sebab nak tengok juara lagu. Faizal Tahir ROCKS!

DAY FOUR (10 Jan 2011)
Hello day 4! Destinasi hari ni BORNEO RAINFOREST RESORT.
Nama tourist guide we all Pakcik Syafiee. Dia dah 30tahun duduk semenanjung Malaysia. Dia boleh cakap 15 language! Awww. Dasyat tu.
Aktiviti pertama jungle tracking. Trek dia dekat-dekat 1 kilometer jugak. Budak baju merah cons gile ngan pakcik syafiee. Sikit-sikit kena tegur! Dia nak amik kau jadi menantu dia kot weh! Hehe. Seronok. Dapat tengok semut besar-besar dalam 1inci joget-joget. Kayu-kayu tumbang. Kayu belian. Ikan. Ha. Ape g ekkk.. erm. Semua benda dalam rainforest lah! Sangat cantik. Kagum



Aktiviti kedua boating. Tasik die kecik je. I rasa tasik utp lagi besar. Penat kitorang lawan lumba boat, kitorang layan lawan uno dalam boat! Mana penah dibuat orang beb!




Aktiviti ketiga lunch. Okay. Lunch kat dalam hutan makan kambing. Dah la layan macam hotel. Memang hebat la layanan BORNEO RAINFOREST RESORT ni!


Aktiviti keempat fishing. Hujan dah turun renyai-renyai. Tapi suma had fun.

Aktiviti terakhir. Tour around resort dengan traktor. bape hektar weh? aku lupa. Macam-macam tanaman . Macam-macam haiwan! Lepas sejam setgh perjalanan baru habis
Petang semua dah semput. Balik-rehat-tido. Sebab besoknye we all dah start nak pergi brunei. Wuhuuu!

okay before that gambar lompat lagi.. awww..

to be continued. gambar gile banyak nak edit!

No comments:

Post a Comment

About Me

BIG dreamer. BIG size. BIG liar.