Thursday, December 20, 2012

Bukit Tabur


**background music Miley Cyrus - The Climb**
  Holla. Masih memeram post yang berbulan lamanya. 
16 September 2012 yang lalu (cuti hari satu malaysia, ahad) wa with bff wa; cik dayah binggung takde buat kerja apa kat rumah sewa wa. Nak shopping kitorang bukan kaki shopping. Duit pun kering ala-ala cukup makan sampai hujung bulan, maka terbitlah untuk buat kerja gila kami. 
Kami nak pegi panjat bukit. 
Pastu brainstorm la nak pergi mana tempat yang sesuai.
Kalau broga dah boring, lagipun, bukit tu dah tak mencabar dah.
Dah jadi macam tempat warming up kami dah tempat tu (alamak, statement mintak kaki weh).
Then cik dayah come out with the idea panjat Bukit Tabur.
For instance ,  I have no idea where is Bukit Tabur located. 
Cik Dayah cakap dekat Taman Melawati jer.
As my house very near with Taman Melawati, wa langsung tak fikir Kay El ada bukit yang untuk orang daki.
Really.
ok. Petang Ahad tu, kami cari tempat nak naik dulu sebab plan nak naik bukit tu on 17th September 2012 (isnin). Konon nak pergi lepas subuh la, sebab takut panas..

So, we all round la cari kaki Bukit Tabur. Seriously, kalau ikut GPS google map memang tak dapat. 
Mula-mula nak give up, sebab nampak taman perumahan ajo. 
Nampak la bukit belakang. Tapi ingat kan bukit tu just bukit, kalau ada trek nak naik, mesti ada tempat semua kumpul. kan?
Tapi Cik Dayah tak patah semangat.
Kami siap tanya pak gad yang jaga villa melawati. Then Cik Dayah siap tanya harga rumah tu. Bongek tol hang. kih.kihkihkih. Rumah situ paling murah 4juta hokey..

Now, back to business. Kami masuk satu lorong yang sunyi. ada paip besaq kat situ. Kami tau, atas bukit tabur tu ada empangan yang SANGAT BESAR. Mungkin itu air yang disalurkan ke warga kl. who knows? Kami tau kami hampir. Tapi kami tak jumpa trek dia.

Al last, Cik Dayah berani untuk tanya adik yang naik moto baru masuk rumah dia. Mungkin remaja sebab tak mungkin kanak-kanak ribena dan tidak se-matured kami. cewah. Dia kata, dekat sangat dah. Dia bawak kami ke tempat yang kami nak cari tu guna moto EX5 dia. Akhirnya!

Tak sbar kami tunggu esok.
    
Map Bukit Tabur (di kiri MRR2 kalau jalan dari Gombak ke Ampang). Kami advise, tolong tanya orang setempat mana kaki bukit tu. Ringan-ringan kan mulut ya!

Konon nak pegi lepas subuh. Tapi biasa lah mak nenek kan, 
Kami tetep pegi pagi sebab melalui research kami, pendakian mengambil masa empat jam turun naik. Thats mean, 2 jam nak naik!

Berbekalkan mineral water 3botol, kami pun start daki.

 Check point 7. Hang amek gambaq aku, aku amek gambaq hang

Last skali, ada uncle chinese baik hati ambil gambar kami berdua, tu pun lepas saya ambil gambar dia dengan kawan-kawan dia. Kami sempat sembang dalam few minutes. 

He showed me some picture from dia punya camera. Dia pendaki tegar dan dia dah senior. I bet, his age 50+. Dia tanya kami "are you guys climb alone? or your group still not arrive yet?" Kami jawab "memang kami naik berdua je". Dia sangat terkejut sebab jarang ada orang naik Bukit Tabur freelance macam kami. He advise us to be careful up there. 
Saya heran.
Saya heran kenapa dia heran dengan kami. No big deal lah takat naik bukit dua orang perempuan. Dah ajak ramai member lelaki tapi nak buat camna kalau sumeorang pun ada hal.
Plan kami tetap kena teruskan, sebab nanti kang kami nganga pulak tak tau nak buat apa kat rumah.
Biasalah, perempuan tak reti duduk diam.

Tapi saya simpan advise dia. 

Sampai je dekat check point 9....



Saya terus kecut perut. 
Cik Dayah nak buat rock climbing naik sampai peak!
Saya tak nak. Saya ingat nak naik biasa-biasa je.
Korang tau tak, itu sebelah sana (pic atas) almost 90 degree cliff okay. 90 degree!
Saya cakap kat Cik Dayah "hang pergilah, aku tunggu sini, aku tak berani weh. Aku tak biasa. Aku rasa tinggi dia dalam bagunan 2 ke 3 tingkat macam tu"
Cik Dayah try pujuk.
Tapi Cik Dayah memang berani. Dah banyak bukit dia tawan. Siap Gunung Ledang and Gunung Jerai weh!
Saya ni apa. tahap Broga jelah. tu pun kerek je lebeh. hihihi.

Then, tiba-tiba ada satu group sampai. Abang ni macam bawak orang naik gunung/bukit la. Ajar orang macam mana nak daki cara yang betul punya. Dia cakap kat saya, kita tak kan patah balik, nanti turun bukit ikut Dusun. Duh! Itu buat wa tukaq fikiran, tak kan saya nak tunggu situ sambil member saya naik ngn geng tu. last skali saya berani kan diri.

Jantung tu jangan cakap la bunyi dia, macam drummer masa main pancaragam, wa cakap lu.
Tambah-tambah bila sampai atas, kaki ketaq nak mati. Saya naik dulu, Cik Dayah naik kemudian. Bila saya nak sampai atas, bole tak, saya jerit eksaited soh Cik Dayah tengok belakang dia. Masa tu Cik Dayah tengah grip batu lagi. Sorry Dayah!



Tengok. Belakang tu macam ada pulau. Amaze gila kuala lumpur sebenarnya ada tempat cantik macam ni. 
Masa ni, tuhan je tau perasaan saya. Tuhan je tahu!!
Eksaited dia, Masya Allah. SubhanaAllah. 
Tak Dapat nak ekspress sini la guys. You kena naik dulu.
Saya ingat satu cliff tu je kena rock climbing. gruphenya banyak lagi weh. 
Ada la dalam 4-5 lagi. Tapi dah tak takut.
*senyum lebar sampai telinga*

Kitorang siap jumpa satu family yang baik hati. Sangat loving.
Saya ingat ke makcik tu doctor panel saya, doctor Aina.
Tapi bukan.
Pelanduk dua serupa!
Pakcik tu pulak specialist kat IJN.
Dorang cakap, rumah dorang kat taman melawati ni, dah 10 tahun tinggal situ, tapi tak pernah naik.
Kami banyak seiring jalan ngn family ni sebab makcik ni sorang je perempuan. Kami risau.
Kami lupa, kami pun perempuan.
Ada satu route tu, dia tergelincir sebab paut kat dahan/pokok kecik, tergelincir!
Tergamam kami. 
Pakcik tu jerit, siap kelam kabut pergi dekat isteri dia then peluk sampai titiskan air mata.
Tuk orang emosional macam aku ni, memang keluar la air mata aku.
Oh. Untuk pengetahuan suma, Bukit Tabur ni memang bahaya, memang ramai orang mati jatuh tergelincir.
Sebab dia bukit batu.
So, be careful.
Tetapkan niat.
Niat tuk hargai keindahan tuhan.
Niat untuk tengok benda yang orang ramai tak nak tengok.
Jangan cakap besar.
Jangan bongkak.
Saya cakap serious ni.
Saya tak tipu.
Ramai dah orang mati kat sini. 
Tapi nasib baik, makcik tu cuma luka, seluar koyak sikit la. Tapi tak teruk.


Sampai last, kami turun dengan couple ni, with their two son. Syukur.
Selamat naik dan selamat sampai.
Balik tu dekat kol 2petang jugak.
Perut lapaq macam mintak makan lembu sekoq.
Kami bungkus je nasi ayam sedap kat food court taman melawati tu.
Balik mandi, solat and pengsan sampai petang!

What a day!
Wa akan ingat sampai mati.
Thanks Allah for that day.
Banyak lesson learnt and nice people I meet up there.
Tu la wa cakap, niat kerana Allah. Pasti berbaloi!
:)








Kota Kinabalu trip : Tak Tahu, diam!

The most excited post begin!
After final examination of final year final semester degree, kami geng ehem-ehem nak bercuti bersama-sama lagi after trip miri-brunei.

boleh refer post lama saya - 


Actually, we all beli ticket awal setahun and its really cheaper. Even though we have no idea what our life could be after graduation. Tambah-tambah dengan commitment kerja and so on. Tapi we all redah. Wa really salute all my friend ni. Kalau tak kerana dorang, plan ni pun mesti tak jadi. I lav uolss lah.

Then setahun berlalu. At last, enam orang je dapat kumpul dari ramai-ramai. Yelah, setiap orang ada commitment masing-masing, nak buat macam mana ye tak? Sedih sangat yang lain tak dapat join. Tapi, we all sentiasa ingat korang sepanjang journey. Then it set, 4 days and 3 night.

This is the sexy six! (From left to the right : wawa, shak, jo, aliya, akmal, and john)

Malam sebelum flight kitorang tu aku paling tak kan lupa.
Shak dari Johor. So she will stay at my rumah sewa.
While John dari Kedah, will stay kat rumah akmal.
Wawa and Jo masing-masing dari rumah keluarga sendiri.

Nak dijadikan cerita, Shak sampai kl tengah malam. So akmal will pick her up at bus station and send her at my place. Aku tunggu until 12am. So, Shak cakap bus dia dah nak sampai KL. Aku punya pedooo mata aku jangan bagi tutup sebab aku ngantuk tahap dewa. Then aku decide nak tido 5minit je sambil charge handphone aku. Sedar-sedar je dah pukul 2 lebih. ke dekat 3 pagi!
Tengok-tengok ada misscall berlambak gila.
Bersalah weh.
Terus fikir, mana Shak tdo?
Dorang ni kat mana?
Aku call balik dengan jantung berdegup kencang.
Nak amik result SPM pun tak se-resah macam ni.
Aku dengar dorang duduk dekat maple yang dekat dengan rumah aku, terus rasa lega.
Tula shak, kau dah penah datang rumah aku, tapi still lupa pintu rumah aku mana kan?
Aku rasa bersalah macam nak mati. 
Si John baru sampai dari Kedah tertido dalam kereta.
Kesian dia.
The sexy-six janji nak jumpa kat KL-sentral at 10am.
Lepas dah jadi hal tu, memang masing-masing terbangun lewat la weh.
So okay Shak, Akmal, John!

6 September 2012
We all breakfast at KL sentral and took ERL and bus to LCCT.




After two and half hour flight, sampai la kami kat airport kk.


*berurusan cari kereta sewa*
(toyota unser RM160 sehari) 


*Ini la hotel kami*  
(RM50 satu malam- bilik perempuan. bilik lelaki, aku lupa tanya harga)


For dinner, we all pegi Pasar Malam Sinsuran.



sambil tunggu kereta sewa sampai, we all meng-round la tgk apa yang menarik dekat situ.





Lepas dah dapat kereta, apa lagi, test drive. Then we all stop dekat Jalan Istana. Makan appolo atas tu. cantik sangat kota kinabalu from up there. Then balik promenade and get some sleep sebab esok plan lagi best!

7 September 2012
Good Morning kota kinabalu!
Breakfast di likas. Plan awal nak makan mee kicap kot (sorry, i forgot). Tapi kitorang terbangun waktu semenajung. so dah lewat, mee nye dah habess la nyah. 
so makan aje apa yang ada. then plan nak pergi kundasang. 
sepanjang laluan, kami singgah jambatan gantung tamparuli and poring hot spring.
Ada cerita lucu gua nak tulis kat sini.
Suka hati la kalau lu nak gelak ke tak nak.
Tak paksa.
Haha
(gelak dulu sedas-dua)
We all singgah stesen minyak shell sebab nak cari map sabah 
(padan muka tak ready awal-awal)
then encik jo and wawa keluar together untuk bertanyakan laluan dekat awek cashier pam station tu.
We all lain, tunggu dalam kereta.
Then tetiba encik jo masuk dalam kereta, tutup pintu kereta dengan sangat kuat.
dummmm. bunyi pintu kereta terkatup.
kami semua terpinga-pinga.
jo ni gaduh ke dengan wawa.
sebab wawa masih kat luar, mungkin masih bersama awek cashier pam station tu.
kata jo "aku bengang betul, aku yang tanya kat awek tu ada map ke tak, awek tu buat tak tau je. bila wawa masuk je kiosk tu, and bukak rayban dia (sambil buat gaya bukak rayban). awek tu terus cakap 'hensem bahhhh' and awek tu tak tengok aku langsung. damn. damn. patut jangan bagi wawa keluar. makan dalam beb"
kitorang sume burst laughing okay. sampai kuar air mata gua.
sengal la jo.
aku ingat kau bertumbuk ke apa dengan wawa.
aduih. sengal-sengal!

*hensem bahhhh*

*likas*
(serious classic post-office dia. tempat kami breakfast, sangat dekat dekat post-office ni)



*rumah terbalik tamparuli*
(tak masuk pun, sebab tak minat, cuma tangkap gambar kat depan bukti kami sampai. haha)



*jambatan gantung tamparuli*
(biasalah graduan civil engineering ni, walaupun, engineer lain-lain bidang sekarang, kami tetap appreciate old structure, bridge, dan bidang-bidang berkaitan. sebab tu asyik ada gambar-gambar si cantik civil structure je sepanjang trip kami. ehehe)


*boys atas bridge*

*girls atas bridge*

*group photo*





*Poring hot spring*



*mount kinabalu, kundasang*


*desa dairy farm, kundasang*
(kami sampai dah lewat, so tak sempat melawat lembu-lembu kesepian. cuma sempat snap few picture sebelum gelap. bajet kat new zealand memasing hokey!)


*this is epic*


*epic episod dua. ce tengok, apa perempuan dua tu buat kat belakang john? kekeke*


*sempat bergangnam-sytle*


bila dah gelap, kami teruskan jugak perjalanan ke kaki gunung kinabalu. tempat pendaki-pendaki yang hebat mulakan pendakian hebat mereka. pastu sorang-sorang tanam azam nak naik gunung kinabalu. Yela sangat kan, kat kaki gunung tu pun dah terketar gila, apa agaknya rasa bila dah naik bukit berbatu tu? Excited nya!


Rasanya itulah aktiviti kami yang terakhir on second day. On the way balik, nak cari makan cukup susah sebab kedai semua dah tutup. Last stop kami dekat KFC Ranau. Then balik, pulangkan kereta sewa.
Pastu semua pengsan.

8 September 2012
Morning Kota Kinabalu! Third day! 
Hari ni kami pergi pulau .
Pulau Manukan and Sapi.
Naik kat Jesselton Jetty.



Lepas satu hari kat pulau,
lepas cons dengan abang boat,
kami pun pulang lah dengan bukti tanned kami.


Malam tu makan besar dekat pasar malam lg. Encik Akmal belanja makan lobster! Thanks akmal. semoga murah rezeki hang ye.



Malam pulak late night movie. Cerita apa tah. Tak ingat. Tapi mata ni macam nak letak stick je sebab letih sangat main air sepanjang hari. haha.

9 September 2012
Flight kami tengahari.
Pagi tu just hang around beli souvenir kat pasar filipina.
Minum air kelapa.

*masing-masing letih dalam flight*


Ketemu lagi kota kinabalu. A great trip with sexy six. Thanks korang. Korang la kawan paling legend!



.
.
.
.
.
.
Some picture yang takde caption during trip


















About Me

BIG dreamer. BIG size. BIG liar.