Thursday, December 20, 2012

Bukit Tabur


**background music Miley Cyrus - The Climb**
  Holla. Masih memeram post yang berbulan lamanya. 
16 September 2012 yang lalu (cuti hari satu malaysia, ahad) wa with bff wa; cik dayah binggung takde buat kerja apa kat rumah sewa wa. Nak shopping kitorang bukan kaki shopping. Duit pun kering ala-ala cukup makan sampai hujung bulan, maka terbitlah untuk buat kerja gila kami. 
Kami nak pegi panjat bukit. 
Pastu brainstorm la nak pergi mana tempat yang sesuai.
Kalau broga dah boring, lagipun, bukit tu dah tak mencabar dah.
Dah jadi macam tempat warming up kami dah tempat tu (alamak, statement mintak kaki weh).
Then cik dayah come out with the idea panjat Bukit Tabur.
For instance ,  I have no idea where is Bukit Tabur located. 
Cik Dayah cakap dekat Taman Melawati jer.
As my house very near with Taman Melawati, wa langsung tak fikir Kay El ada bukit yang untuk orang daki.
Really.
ok. Petang Ahad tu, kami cari tempat nak naik dulu sebab plan nak naik bukit tu on 17th September 2012 (isnin). Konon nak pergi lepas subuh la, sebab takut panas..

So, we all round la cari kaki Bukit Tabur. Seriously, kalau ikut GPS google map memang tak dapat. 
Mula-mula nak give up, sebab nampak taman perumahan ajo. 
Nampak la bukit belakang. Tapi ingat kan bukit tu just bukit, kalau ada trek nak naik, mesti ada tempat semua kumpul. kan?
Tapi Cik Dayah tak patah semangat.
Kami siap tanya pak gad yang jaga villa melawati. Then Cik Dayah siap tanya harga rumah tu. Bongek tol hang. kih.kihkihkih. Rumah situ paling murah 4juta hokey..

Now, back to business. Kami masuk satu lorong yang sunyi. ada paip besaq kat situ. Kami tau, atas bukit tabur tu ada empangan yang SANGAT BESAR. Mungkin itu air yang disalurkan ke warga kl. who knows? Kami tau kami hampir. Tapi kami tak jumpa trek dia.

Al last, Cik Dayah berani untuk tanya adik yang naik moto baru masuk rumah dia. Mungkin remaja sebab tak mungkin kanak-kanak ribena dan tidak se-matured kami. cewah. Dia kata, dekat sangat dah. Dia bawak kami ke tempat yang kami nak cari tu guna moto EX5 dia. Akhirnya!

Tak sbar kami tunggu esok.
    
Map Bukit Tabur (di kiri MRR2 kalau jalan dari Gombak ke Ampang). Kami advise, tolong tanya orang setempat mana kaki bukit tu. Ringan-ringan kan mulut ya!

Konon nak pegi lepas subuh. Tapi biasa lah mak nenek kan, 
Kami tetep pegi pagi sebab melalui research kami, pendakian mengambil masa empat jam turun naik. Thats mean, 2 jam nak naik!

Berbekalkan mineral water 3botol, kami pun start daki.

 Check point 7. Hang amek gambaq aku, aku amek gambaq hang

Last skali, ada uncle chinese baik hati ambil gambar kami berdua, tu pun lepas saya ambil gambar dia dengan kawan-kawan dia. Kami sempat sembang dalam few minutes. 

He showed me some picture from dia punya camera. Dia pendaki tegar dan dia dah senior. I bet, his age 50+. Dia tanya kami "are you guys climb alone? or your group still not arrive yet?" Kami jawab "memang kami naik berdua je". Dia sangat terkejut sebab jarang ada orang naik Bukit Tabur freelance macam kami. He advise us to be careful up there. 
Saya heran.
Saya heran kenapa dia heran dengan kami. No big deal lah takat naik bukit dua orang perempuan. Dah ajak ramai member lelaki tapi nak buat camna kalau sumeorang pun ada hal.
Plan kami tetap kena teruskan, sebab nanti kang kami nganga pulak tak tau nak buat apa kat rumah.
Biasalah, perempuan tak reti duduk diam.

Tapi saya simpan advise dia. 

Sampai je dekat check point 9....



Saya terus kecut perut. 
Cik Dayah nak buat rock climbing naik sampai peak!
Saya tak nak. Saya ingat nak naik biasa-biasa je.
Korang tau tak, itu sebelah sana (pic atas) almost 90 degree cliff okay. 90 degree!
Saya cakap kat Cik Dayah "hang pergilah, aku tunggu sini, aku tak berani weh. Aku tak biasa. Aku rasa tinggi dia dalam bagunan 2 ke 3 tingkat macam tu"
Cik Dayah try pujuk.
Tapi Cik Dayah memang berani. Dah banyak bukit dia tawan. Siap Gunung Ledang and Gunung Jerai weh!
Saya ni apa. tahap Broga jelah. tu pun kerek je lebeh. hihihi.

Then, tiba-tiba ada satu group sampai. Abang ni macam bawak orang naik gunung/bukit la. Ajar orang macam mana nak daki cara yang betul punya. Dia cakap kat saya, kita tak kan patah balik, nanti turun bukit ikut Dusun. Duh! Itu buat wa tukaq fikiran, tak kan saya nak tunggu situ sambil member saya naik ngn geng tu. last skali saya berani kan diri.

Jantung tu jangan cakap la bunyi dia, macam drummer masa main pancaragam, wa cakap lu.
Tambah-tambah bila sampai atas, kaki ketaq nak mati. Saya naik dulu, Cik Dayah naik kemudian. Bila saya nak sampai atas, bole tak, saya jerit eksaited soh Cik Dayah tengok belakang dia. Masa tu Cik Dayah tengah grip batu lagi. Sorry Dayah!



Tengok. Belakang tu macam ada pulau. Amaze gila kuala lumpur sebenarnya ada tempat cantik macam ni. 
Masa ni, tuhan je tau perasaan saya. Tuhan je tahu!!
Eksaited dia, Masya Allah. SubhanaAllah. 
Tak Dapat nak ekspress sini la guys. You kena naik dulu.
Saya ingat satu cliff tu je kena rock climbing. gruphenya banyak lagi weh. 
Ada la dalam 4-5 lagi. Tapi dah tak takut.
*senyum lebar sampai telinga*

Kitorang siap jumpa satu family yang baik hati. Sangat loving.
Saya ingat ke makcik tu doctor panel saya, doctor Aina.
Tapi bukan.
Pelanduk dua serupa!
Pakcik tu pulak specialist kat IJN.
Dorang cakap, rumah dorang kat taman melawati ni, dah 10 tahun tinggal situ, tapi tak pernah naik.
Kami banyak seiring jalan ngn family ni sebab makcik ni sorang je perempuan. Kami risau.
Kami lupa, kami pun perempuan.
Ada satu route tu, dia tergelincir sebab paut kat dahan/pokok kecik, tergelincir!
Tergamam kami. 
Pakcik tu jerit, siap kelam kabut pergi dekat isteri dia then peluk sampai titiskan air mata.
Tuk orang emosional macam aku ni, memang keluar la air mata aku.
Oh. Untuk pengetahuan suma, Bukit Tabur ni memang bahaya, memang ramai orang mati jatuh tergelincir.
Sebab dia bukit batu.
So, be careful.
Tetapkan niat.
Niat tuk hargai keindahan tuhan.
Niat untuk tengok benda yang orang ramai tak nak tengok.
Jangan cakap besar.
Jangan bongkak.
Saya cakap serious ni.
Saya tak tipu.
Ramai dah orang mati kat sini. 
Tapi nasib baik, makcik tu cuma luka, seluar koyak sikit la. Tapi tak teruk.


Sampai last, kami turun dengan couple ni, with their two son. Syukur.
Selamat naik dan selamat sampai.
Balik tu dekat kol 2petang jugak.
Perut lapaq macam mintak makan lembu sekoq.
Kami bungkus je nasi ayam sedap kat food court taman melawati tu.
Balik mandi, solat and pengsan sampai petang!

What a day!
Wa akan ingat sampai mati.
Thanks Allah for that day.
Banyak lesson learnt and nice people I meet up there.
Tu la wa cakap, niat kerana Allah. Pasti berbaloi!
:)








2 comments:

  1. Ingat blog budak cina mana lah tadi. hahaha

    ReplyDelete
  2. hey hey hey. anak buah wa suma panggil wa mak wa. (tua. sebab anak sulung). pastu terus lekat wa. kuikuikui

    ReplyDelete

About Me

BIG dreamer. BIG size. BIG liar.